Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC U23 Pro 5G kini rasmi dengan cip Snapdragon 7 Gen 1

HTC U23 Pro

HTC secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar HTC U23 Pro yang telah hangat diperkatakan sejak awal bulan ini.

HTC U23 Pro merupakan sebuah telefon pintar kelas midrange yang tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Panel skrin ini juga mempunyai lubang punch-hole ditengah yang menempatkan sensor kamera selfie 32MP namun tiada sensor capjari dalam skrin disertakan.

Beralih ke kamera, U23 Pro mempunyai 4 kamera dibelakang iaitu sensor utama 108MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP.

Selain itu, HTC U23 Pro ini dikuaskan dengan cip Snapdragon 7 Gen 1, Android 13, 8GB RAM bersama dua storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB dan ianya turut disertakan dengan slot microSD.

Selain itu, telefon pintar HTC ini juga tampil dengan aplikasi VIVERSE dan boleh dipakai bersama set kepala VIVE XR Elite yang ditawarkan berasingan.

Seterusnya, U23 Pro juga menyokong penarafan kalis air dan habuk IP67, bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 30W dan pengecasan tanpa wayar 15W serta pengecasan berbalik.

HTC U23 Pro juga menyokong 5G , Wi-Fi 6 , NFC, USB-C, dan bicu audio 3.5mm.

HTC U23 Pro 5G kini rasmi dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 3

Akhir sekali, HTC U23 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna pada harga yang bermula dari TWD16,990 (RM 2,521).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.