Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC U23 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 18 Mei ini

 

HTC U23 Pro

Minggu lalu kita telah menerima satu laporan yang mengatakan bahawa HTC sedang bersiap sedia untuk melancarkan satu telefon pintar baharu yang dikenali sebagai HTC U23 Pro.

Kini, HTC telah tampil untuk memberikan pengesahan rasmi dan telefon pintar ini akan dilancarkan pada 18 Mei ini.

Selain itu, antara spesifikasi HTC U23 Pro yang didedahkan adalah skrin paparan AMOLED, cip Snapdragon 7 Gen 1, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga dikatakan akan memiliki sensor utama 108MP yang memiliki OIS bersama tiga lagi sensor yang mungkin terdiri dari sensor ultrawide, sensor depth dan sensor makro.

Seterusnya , telefon pintar HTC ini juga dikatakan akan memiliki bateri 4,600mAh dan terdapat juga bicu audio 3.5mm.

Akhir sekali, HTC U23 Pro juga akan menyokong platform  VR HTC Viverse.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.