• Home »
  • Oppo »
  • Tempah OPPO R9s Black Edition sekarang dan memiliki Olike Now 2 bernilai RM199 secara percuma

Tempah OPPO R9s Black Edition sekarang dan memiliki Olike Now 2 bernilai RM199 secara percuma

Tempah OPPO R9s Black Edition sekarang dan memiliki Olike Now 2 bernilai RM199 secara percuma!

Bagi peminat OPPO R9s yang telah lama menunggu kedatangan edisi Hitam untuk peranti ini, kami ada berita baik untuk anda!

Hari ini, OPPO telah secara rasminya membawakan Oppo R9s Black Edition ke pasaran Malaysia dengan harga jualan RM1,828.

 

OPPO turut memperkenalkan Neelofa sebagai duta baru OPPO R9s.

Dari segi spesifikasi, OPPO R9s ini menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci AMOLED dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera hadapan 16-megapixel f/2.0 serta kamera belakang 16-megapixel f/1.7 dengan sensor Sony IMX398.

Di panel belakang, ia mempunyai pengimbas cap jari dan ia turut menyokong pengecasan pantas VOOC bagi mengecas bateri sebesar 3010 mAh.

Pra-tempahan untuk OPPO R9s ini bermula pada hari ini sehingga 9 Mei melalui laman rasmi OppoStore. Sementara itu, anda juga boleh memiliki sebuah Now 2 Smart Band bernilai RM 199 yang ditawarkan sebagai hadiah percuma jika anda melakukan pra-tempahan buat masa ini. OPPO R9s Black Edition ini akan dijual di keseluruhan Malaysia bermula 10 Mei.

SUMBER

Comments

comments

Share