Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan untuk OPPO A57 kini dibuka — Harga Bermula RM 1098

Pra-tempahan untuk OPPO A57 kini dibuka — Harga Bermula RM 1098

Hari ini, OPPO Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk peranti baru mereka, OPPO A57 di Malaysia bermula April 20 hingga 26. Peranti ini berspesifikasi pertengahan dan ia dijual pada harga RM1,098.

Dari segi spesifikasi, Oppo A57 menawarkan skrin 5.2 inci 2.5D dengan paparan HD, pemproses Snapdragon 435, memori sebesar 3GB, storan 32GB dan bateri berkapasiti 2,900 mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 16 megapixel dengan sokongan sudut rakaman mencapai 77.6-darjah. Ia mempunyai pengimbas capjari di bahagian hadapan dan menggunakan sistem operasi ColorOS 3.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Bagi mereka yang membuat pratempahan untuk OPPO A57 ini, anda akan menerima selfie stick dan hadiah misteri secara percuma daripada OPPO.

Telefon pintar ini terdapat dua pilihan warna iaitu emas dan ros emas. Ia boleh dipratempah di laman web OPPO atau  Lazada, 11street dan Shopee.

OPPO A57 ini akan secara rasminya dijual di kedai-kedai di keseluruhan Malaysia dari April 27 kelak. Jika anda ingin mengetahui lebih mengenainya, sila layari laman web OPPO.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.