OnePlus 3T memasuki pasaran Malaysia dengan harga RM2229

OnePlus 3T memasuki pasaran Malaysia dengan harga RM2229

Pihak Brightstar Malaysia telah secara rasminya membawakan OnePlus 3T ke pasaran Malaysia dan ia boleh dipratempah sekarang pada harga RM2,229.

OnePlus 3T menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijanakan oleh pemproses Snapdragon 821, memori sebesar 6GB RAM, ruangan storan 64GB, dan bateri bersaiz 3,400mAh disokong oleh pengecasan pantas 5V/4A.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera 16-megapixel untuk bahagian hadapan dan belakang. Selain itu, peranti ini juga menyokong dwi-SIM dengan rangkaian 4G LTE. Ia turut menggunakan sistem operasi Oxygen OS yang berasaskan Android 7.0 Nougat.

Jika anda berminat, OnePlus 3T kini boleh dipratempah di DirectD pada harga RM2,229.

Comments

comments

Share