Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Ace 3 akan dilancarkan pada 4 Januari – spesifikasi sama seperti OnePlus 12R

OnePlus Ace 3

OnePlus telah mengesahkan bahawa OnePlus Ace 3 akan dilancarkan secara rasmi di China pada 4 Januari ini dan berdasarkan poster pelancaran, telefon pintar ini mempunyai rekaan yang sama seperti OnePlus 12R.

OnePlus 12R akan dilancarkan dipasaran global pada 23 Januari ini bersama OnePlus 12 dan ianya merupakan model pertama OnePlus R Series untuk ditawarkan dipasaran antarabangsa.

OnePlus 12R Malaysia

Berbalik kepada OnePlus Ace 3, ianya akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna dan hampir pasti akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan skrin paparan 1.5K 8T LTPO yang memiliki kecerahan maksima sehingga 4,500nits.

Dengan pelancaran OnePlus Ace 3 minggu hadapan, kita juga boleh menggunakan spesfikasi telefon pintar ini sebagai rujukan bagi model OnePlus 12R dipasaran global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.