Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 3 bakal dilancarkan di Malaysia pada 9 Ogos dengan harga runcit RM1888

oneplus-3-lazada-malaysia-preorder

OnePlus 3 bakal dilancarkan di Malaysia pada 9 Ogos dengan harga runcit RM1888

OnePlus telah melancarkan telefon pintar utama mereka bagi tahun 2016, iaitu OnePlus 3. Dan kini ia akan diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 9 Ogos kelak pada harga runcit RM1888.

OnePlus 3 dilengkapi skrin 5.5-inci Optic AMOLED paparan 1080p yang diperlindungi oleh Corning Gorilla Glass 4. Ia menggunakan pemproses Snapdragon 820, memori 6GB RAM dan ruangan storan 64GB yang tidak diperluaskan.

Untuk rakaman gambar, OnePlus 3 memperolehi kamera utama 16MP di belakang dengan sensor Sony IMX298 yang disokong oleh OIS, PDAF, flash LED dan rakaman video 4k. 8MP kamera hadapan juga dibekalkan oleh Sony mempunyai penstabilan imej elektronik.

Di samping itu, OnePlus 3 juga mempunyai sensor cap jari di bahagian hadapan, 4G LTE Cat.6, slot dwi-SIM, NFC dan bateri berkapasiti 3,000 mah yang datang dengan pengecasan pantas ¬†‘Dash Charge’ (5V 4A atau 20W) .

OnePlus 3 menggunakan sistem operasi Android Marshmallow 6.0.1.

OnePlus 3 akan dijual secara rasmi di Lazada Malaysia dengan jaminan satu tahun daripada OnePlus Malaysia. Selain itu, setiap pembelian OnePlus 3 akan menerima casing flip percuma.

OnePlus 3 datang dalam dua pilihan warna Рgrafit dan emas. Preorder kini dibuka dan boleh didapati di Lazada Malaysia pada harga RM1,888.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.