• Home »
  • HTC »
  • HTC Desire Pro 10 dan One A9S kini dijual di pasaran Malaysia

HTC Desire Pro 10 dan One A9S kini dijual di pasaran Malaysia

htcdesire10proHTC Desire Pro 10 dan One A9S kini dijual di pasaran Malaysia, harga bermula dari RM1159

HTC Malaysia telah menawarkan dua peranti baru yang berspesifikasi pertengahan untuk pasaran Malaysia, iaitu HTC Desire 10 Pro serta dengan HTC One A9S.

HTC Desire 10 Pro dilengkapi skrin 5.5 inci dengan paparan 1080p, dijanakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P10, memori 4GB RAM, serta ruangan storan 64GB.

Kemampuan optik ia adalah kamera belakang 20-megapixel dan kamera hadapan 13-megapixel. Ia turut menawarkan sokongan pengimbas cap jari dan bateri ia bersaiz 3,000 mAh.

htc-one-a9sHTC One A9S pula hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada paparan resolusi HD. Ia dijanakan oleh cip Helio P10, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, bateri berkapasiti 2300mAh.

Kamera belakang untuk One A9S ini adalah 13-megapixel, manakala kamera hadapan adalah 5 megapixel.

Harga HTC Desire 10 Pro untuk pasaran tempatan adalah RM1,699, sementara HTC One A9s pula berharga RM1,159. Ia akan mula dipasarkan di Malaysia bermula pada 26 Disember 2016 ini.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share