Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 3 Max kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga runcit RM799

asus-zenfone-3-max-gold

Asus Zenfone 3 Max kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga runcit RM799

Asus baru melancarkan siri Zenfone 3 di Malaysia pada bulan Ogos. Kini, Zenfone 3 Max sudah dijual di pasaran tempatan pada harga runcit RM799.

zenfone 3 max

Asus Zenfone 3 Max ini merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan. Ia mempunyai skrin IPS 5.2 inci dengan paparan HD. Pemproses peranti ini adalah Mediatek MT6737M empat teras 1.25GHz, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Bateri peranti ini berkapasiti sebesar 4,100 mAh dengan sokongan reverse charging.

Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP untuk selfie.

Dari segi sistem operasi, ia menggunakan Android OS, v6.0.1 Marshmallow dengan pelancar ZEN UI. Ia turut hadir dengan dwi-SIM yang datang dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan peranti ini dilengakapi pengimbas cap jari.

Asus Zenfone 3 Max ini kini boleh didapati di kedai telefon pintar seluruh Malaysia seperti Seven Mobile dan DirectD dengan harga runcit RM799. Ia terdapat dalam pilihan warna kelabu dan emas.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.