Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 3 Ultra kini ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga runcit RM2599

zenfone-ultra

Asus Zenfone 3 Ultra kini ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga runcit RM2599

Sebelum ini, Asus Malaysia telah menawarkan Zenfone 3 dan Zenfone 3 Max ke pasaran Malaysia. Kini, Zenfone 3 Ultra juga boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga runcit RM2599.

Zenfone 3 Ultra ini mempunyai skrin IPS yang besar iaitu 6.8 inci paparan HD penuh serta dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 4. Ia dijanakan oleh pemprosesan Snapdragon 652, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan serta pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Bateri peranti ini bersaiz 4600 mAh yang boleh dicaj melalui USB Type-C.

zenfone-3-ultraKemampuan optik Zenfone 3 Ultra ini adalah kamera belakang 23-megapixel dengan penstabilan imej optikal dan elektronik. Manakala kamera hadapan pula menggunakan sensor 8 megapixel.

 

 

Selain itu, ia turut menawarkan sokongan audio yang baik melalui penyertaan Dual 5-Magnet Stereo Speakers dan Hi-Res Audio. Ia menggunakan pelancar Asus ZenUI 3.0 berasaskan Android OS, v6.0.1 Marshmallow. Zenfone 3 Ultra ini juga dilengkapi dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE.

Zenfone 3 Ultra ditawarkan dalam pilihan warna Glacier Silver, Titanium Gray dan Rose Gold.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Asus Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.