• Home »
  • Celcom »
  • Celcom melancarkan Xpax Turbo yang menawarkan 333MB internet burung hantu setiap hari !

Celcom melancarkan Xpax Turbo yang menawarkan 333MB internet burung hantu setiap hari !

xpaxturbo-650x366

Celcom melancarkan Xpax Turbo yang menawarkan 333MB internet burung hantu setiap hari !

Hari ini, Celcom telah melancarkan pelan prabayar baru yang dinamakan Xpax Turbo. Pelan prabayar baru Celcom ini menawarkan 10GB data internet burung hantu untuk pelanggan Xpax Turbo, iaitu akan mendapati data internet sebanyak 333MB setiap hari pada pukul 1am hingga 7am.

Mengikuti perbezaan nilai, pelan Xpax Turbo ini boleh dibezakan kepada beberapa jenis seperti berikut:

  • 200MB data + 100MB Facebook untuk 3 hari pada harga RM5
  • 600MB data + 600MB Facebook + 300MB Youtube untuk 7 hari pada harga RM10
  • 2GB data + 1GB Facebook + 1GB Youtube untuk 30 hari pada harga RM30
  • 5GB data + 2GB Facebook + 2GB Youtube  untuk 30 hari pada harga RM50
  • 9GB data + 3GB Facebook + 3GB Youtube  untuk 30 hari pada harga RM80

Di samping itu, Celcom akan memberi kuota data internet percuma sebanyak 500 MB kepada pelanggan bagi penggunaan WhatsApp dan Wechat.

Pelanggan Celcom Xpax Turbo turut akan ditawarkan langganan premium tanpa had untuk Yonder Music secara percuma.

Celcom dijangka menawarkan pelan baru ini pada awal bulan September.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share