Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi HTC Nexus Marlin tertiris di penanda aras GeekBench!

Spesifikasi HTC Marlin

Spesifikasi HTC Nexus Marlin tertiris di penanda aras GeekBench!

Kami sudah ketahui bahawa HTC dijadualkan akan mengeluarkan dua peranti Nexus baru buatan HTC pada tahun ini. Salah satu dinamakan Sailfish, yang satu lagi diberi kod-nama Marlin.

Kini, HTC Marlin telah dikesan di pangkalan data Geekbench. Mengikut data Geekbench, ia mendedahkan bahawa peranti ini akan dilengkapi dengan pemproses empat teras 1.6GHz (dikatakan Snapdragon D820), memori 4GB RAM, dan menggunakan sistem operasi Android Nougat.

Berbanding dengan berita tertiris yang sebelumnya, peranti ini dikatakan akan dilengkapi skrin paparan QHD, 12MP kamera belakang, 8MP kamera hadapan, ruangan storan dalaman pilihan 32GB atau 128GB, dan bateri bersaize 3,450 mAh. Ia juga dilaporkan akan menggunakan USB Type-C dengan pengimbas cap jari di belakang.

SUMBER RUJUKAN GSMARENA

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.