Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus VR membuat penampilan di Computex 2016 namun tidak diumumkan

asus vr

Majlis pelancaran Zenvolution semalam telah menyaksikan Asus melancarkan tiga versi telefon pintar utama mereka iaitu Asus ZenFone 3, ZenFone 3 Deluxe (didakwa sebagai telefon pintar paling berkuasa didunia) dan ZenFone 3 Ultra.

Selain itu, Asus turut melancarkan satu robot yang dikenali sebagai Zenbo dan ianya adalah teman kehidupan seharian anda.

Pada majlis pelancaran yang sama, Asus juga turut mempamerkan satu set VR yang tidak diumumkan dipentas utama.

Kami tidak mengetahui apakah sebab Asus tidak membuat pengumuman rasmi set VR ini dan terdapat juga persoalan samada VR ini boleh digunakan bersama-sama model ZenFone 3 yang dilancarkan (peranti dengan skrin paparan 1080p dilihat tidak sesuai untuk menyokong kandungan realiti maya).

Berdasarkan gambar VR ini kita boleh mengatakan bahawa ianya akan hadir dengan satu pad sesentuh dan butang dengan tali yang diperbuat daripada kulit.

Selain itu, daripada itu kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai peranti VR ini namun ianya mungkin akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.