Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 3 , ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Ultra dilancarkan secara rasmi

zenfone 3 price

Seperti yang disahkan sebelum ini, Asus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama syarikat mereka iaitu Asus ZenFone 3, Asus ZenFone 3 Deluxe dan Asus ZenFone 3 Ultra.

zenfone 3

Asus ZenFone 3

Bercakap mengenai Asus ZenFone 3, telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, GPU Adreno 506 , 3GB atau 4GB RAM sensor capjari dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Beralih kepada bahagian kamera, Asus ZenFone 3 ini hadir dengan kamera utama 16MP dengan teknologi PixelMaster 3.0 , OIS + EIS , teknologi pemfokusan auto Tri-Tech , flash dwi-tona , rakaman video 4K dan banyak lagi.

Asus ZenFone 3 ini mempunyai panel hadapan dan belakang berasaskan gelas 2.5D dengan rangka diperbuat daripada aluminum.

Asus ZenFone 3 akan hadir dengan harga penjualan dari $249 (RM 1,025) iaitu bagi versi 3GB RAM/32GB ROM didalam 4 warna iaitu biru, emas , perak dan hijau. Telefon pintar ini akan turut hadir didalam versi istimewa yang dikenali sebagai Expression series.

zenfone 3 deluxe

Asus ZenFone 3 Deluxe

Asus ZenFone 3 Deluxe ini hadir dengan gelaran telefon pintar paling berkuasa didunia dan ianya mempunyai skrin paparan Super AMOLED berukuran 5.7-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 6GB RAM dan 64GB/128GB memori simpanan dalaman.

Bercakap mengenai kamera, Asus ZenFone Deluxe ini hadir dengan kamera utama 23MP yang mempunyai lensa 6P dan dibekalkan oleh Sony (sensor IMX 318). Kamera ini juga hadir dengan lapisan gelas sapphire dan pemfokusan auto Tri-Tech. kamera selfie yang dimiliki oleh ZenFone 3 Deluxe ini adalah 8MP.

Asus ZenFone 3 Deluxe ini juga memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan Quick Charge 3.0 dengan menggunakan slot USB Type-C 3.0 (60% pengecasan didalam masa 39 minit).

Asus juga mendakwa ZenFone 3 Deluxe sebagai telefon pintar pertama didunia dengan reka bentuk aluminium sepenuhnya tanpa garisan jalur antena.

Asus ZenFone 3 Deluxe akan mempunyai harga penjualan yang bermula dair $499 (RM 2,054) dan ini adalah harga bagi versi 6GB RAM/64GB ROM. ZenFone 3 Deluxe ini juga hadir didalam satu lagi siri yang dikenali sebagai Artisan Series.

zenfone ultra

Asus ZenFone 3 Ultra

Akhir sekali Asus telah memperkenalkan Asus ZenFone 3 Ultra yang hadir dengan skrin paparan IPS 1080p

berukuran 6.8-inci dengan teknologi True2life+ (menyokong tontonan video 4K ), pemproses Qualcomm Snapdragon 652, 4GB RAM, bateri berkapasiti 4600mAh ( mempunyai sokongan sebagai powerbank dan teknologi pengecasan Quick Charge 3.0 ) dan sensor capjari pada bahagian hadapan ( dibawah skrin).

Asus ZenFone 3 Ultra ini juga memiliki kamera kamera utama 23MP yang mempunyai lensa 6P dan dibekalkan oleh Sony (sensor IMX 318). Kamera ini juga hadir dengan lapisan gelas sapphire dan pemfokusan auto Tri-Tech. kamera selfie yang dimiliki oleh ZenFone 3 Ultra ini adalah 8MP.

Asus ZenFone 3 Ultra akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari $479 (RM 1,971)

Asus ZenFone 3

zenfone 3-1 zenfone 3-4 zenfone 3-5 zenfone 3-3

Asus ZenFone 3 Deluxe

zenfone 3 deluxe-1 zenfone 3 deluxe-2 zenfone 3 deluxe-3 zenfone 3 deluxe-4 zenfone 3 deluxe-5 zenfone 3 deluxe-10 zenfone 3 deluxe-9 zenfone 3 deluxe-11 zenfone 3 deluxe-8 zenfone 3 deluxe-7

Asus ZenFone 3 Ultra

zenfone ultra-1 zenfone ultra-2 zenfone ultra-3 zenfone ultra-4 zenfone ultra-5 zenfone ultra-6

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.