Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis melancarkan pelan MaxisONE yang baru – kini hadir dengan kuota sehingga 20GB

image

Maxis secara rasminya telah memperkenalkan pelan MaxisONE yang baru dan ianya hadir dengan kuota internet yang jauh lebih tinggi berbanding yang ditawarkan melalui pelan-pelan MaxisONE sekarang.

Penambahbaikan pelan-pelan MaxisONE yang baru ini akan menyaksikan hampir 1 juta pengguna Maxis menikmati kuota yang baru ini dan ianya turut boleh dinikmati oleh pelanggan baru dan lama.

Seperti yang kita sedia maklum pelan MaxisONE yang ditawarkan Maxis ini hadir dengan panggilan dan SMS percuma kesemua rangkaian.

image

Pelan MaxisONE 98 kini hadir dengan 5GB kuota internet bulanan iaitu 4 kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini ( 1GB).

image

Pelan MaxisONE 128 pula hadir dengan 10GB kuota internet bulanan iaitu 7GB lebih banyak berbanding sebelum ini (3GB).

image

Pelan MaxisONE158 hadir dengan 15GB kuota internet iaitu 10GB lebih banyak berbanding pelan MaxisONE yang sama sebelum ini.

image

Pelan MaxisONE 198 pula hadir dengan kuota internet 20GB iairu 13GB lebih banyak berbanding 7GB kuota internet bulanan sebelum ini.

Selain itu, Maxis juga berkata mereka tidak mempunyai sebarang pembahagian kuota internet bulanan ini dan ianya boleh digunakan bila-bila masa sahaja.

image

Selain itu, pelanggan juga boleh menambah satu nombor “Supplementary” yang dikenali sebagai MaxisONE Share dan seperti yang kami umumkan ianya hadir dengan tambahan 5GB kuota internet yang boleh dikongsi dengan nombor utama dengan tambahan RM 48 sebulan.

Selain itu, kesemua pelanggan pelan MaxisONE kini boleh melanggan MaxisONE Share dan ianya tidak terhad kepada pelan MaxisONE 128 dan ke atas seperti sebelum ini.

MaxisONE 98 boleh mempunyai tambahan satu nombor, MaxisONE 128 boleh mempunyai dua nombor tambahan,
MaxisONE 158 boleh mempunyai sehingga tiga nombor tambahan dan akhir sekali pelan
MaxisONE 188 boleh mempunyai maksima lima nombor tambahan.

image

Maxis juga akan menawarkan 5GB kuota internet percuma untuk nombor MaxisONE yang utama dan kuota ini hanya boleh digunakan untuk penstiram video dari iflix, Viu , Eros Now dan Hopster ( untuk 2 bulan).

Maklumat Lanjut di Maxis

Comments

comments