Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis 5G – Berikut adalah pelan 5G Maxis Postpaid – bermula dari RM 79 sebulan

 

Maxis 5G Postpaid Plan

Seperti yang diumumkan semalam, Maxis secara rasminya telah mula menawarkan pelan Maxis Postpaid yang terbaru.

Pelan Maxis 5G ini ditawarkan didalam 5 pelan yang bermula dari RM 79 sebulan sehingga RM 199 sebulan.

Berikut adalah pecahan kesemua pelan Maxis Postpaid 5G yang ditawarkan

  • Maxis Postpaid 79 – 80GB 4G/5G +Bonus 40GB 5G (RM 79 sebulan)
  • Maxis Postpaid 109 – 100GB 4G/5G + Bonus 50GB 5G (RM 109 sebulan)
  • Maxis Postpaid 139 – 120GB 4G/5G + Bonus 60GB 5G (RM 139 sebulan)
  • Maxis Postpaid 169 – 150GB 4G/5G + Bonus 75GB 5G (RM 169 sebulan)
  • Maxis Postpaid 199 – 200GB 4G/5G + Bonus 100GB (RM 199 sebulan)

Selain itu, bagi yang ingin melanggan talian sampingan Maxis Share anda harus melanggan pelan Maxis Postpaid 109 dan ke atas pada harga RM 48 sebulan bagi setiap satu talian tambahan dan ianya tampil dengan 30GB tambahan data.

Bagi anda yang mahu mencuba dahulu rangkaian 5G Maxs Postpaid, anda boleh melanggan pass percubaan pada harga RM 10/ sebulan (percuma bagi bulan pertama) namun jika anda mahu menggunakan rangkaian 5G secara tetap, beralih kepada pelan Postpaid yang baru adalah lebih baik pada tambahan RM 11/sebulan dan akan akan menikmati lebih banyak data 5G secara keseluruhanya.

Maklumat lanjut mengenai pelan Maxis Postpaid 5G boleh dilihat di laman rasmi Maxis

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.