Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis kehilangan 415,000 pelanggan pada suku pertama 2016

default-maxis

Maxis telah mengumumkan prestasi kewangan bagi suku pertama 2016 minggu lalu dan syarikat telekomunikasi ini dilihat telah kehilangan hampir 415,000 pelanggan pada suku ini.

Daripada 415,000 pelanggan yang meninggalkan Maxis ini 345,000 adalah pelanggan pelan prabayar Maxis iaitu jatuh dari 8.52 juta pada suku keempat 2015 kepada 8.2 juta pada suku pertama 2016.

Selain itu, Maxis juga kehilangan 69,000 pengguna pelan pascabayar menjadikan jumlah pelanggan prabayar semasa adalah 2.7 juta dan syarikat ini mendakwa mereka mempunya 962,000 pelanggan MaxisONE dengan kadar purata pengunaan bulanan RM 150 dan ke atas.

Selain itu, Maxis turut mendedahkan bahawa sebanyak 67% pelanggan prabayar dan 77% pelanggan pascabayar adalah pengguna telefon pintar dengan jumlah peranti 4G LTE berada pada kadar 3.26 juta.

Maxis juga mendedahkan bahawa mereka telah mencapai penurunan didalam pengunaan Internet mudah alih dengan jumlah pengguna kini berada pada kadar 8.5 juta iaitu penurunan dari 9 juta pengguna pada suku keempat 2015.

Bercakap mengenai rangkaian yang dimiliki Maxis, syarikat ini kini telah meliputi hampir 74% seluruh Malaysia dengan rangkaian 4G LTE.

Dengan penurunan yang diumumkan ini,  Maxis telah membuat beberapa pembaharuan yang dijangka akan membantu syarikat dan antaranya adalah pelan MaxisONE yang baru dimana kesemua pelan MaxisONE kini hadir dengan kuota internet yang jauh lebih banyak namun dengan bayaran bulanan yang sama.

dengan pengenalan pelan baru MaxisONE, syarikat ini pasti berharap bahawa mereka akan mencapai peningkatan yang baik bagi sepanjang tahun 2016 ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.