Pemproses Snapdragon 830 bakal menyokong 8GB RAM

qualcomm snapdragon 830

Belum sempat pemproses Snapdragon 820 memasuki pasaran, generasi pemproses terbaru daripada Qualcomm yang dijangka akan dikenali sebagai pemproses Qualcomm Snapdragon 820 telah mula diperkatakan di Weibo.

Laporan terbaru daripada Weibo ini juga mengatakan bahawa pemproses Snapdragon 830 ini akan menggunakan kepakaran teknologi cip Samsung dan khabar ini juga pernah diperkatakan oleh Pan Jiutang.

Sumber ini berkata, pemproses Snapdragon 830 (MSM8898) akan menggunakan arkitektur Kyro generasi terbaru dan masih belum tiba masa Qualcomm beralih kepada cip pemprosesan berasaskan ARM.

Menurut laporan terbaru ini juga, pemproses Snapdragon 830 akan menggunakan proses pengeluaran Samsung 10nm yang dijangka lebih baik berbanding pemproses Exynos 8890 dan Snapdragon yang menggunakan proses pengeluaran 14nm.

Samsung juga diberikan tanggungjawab untuk mengeluarkan pemproses Snapdragon 820 dan kerjasama ini nampaknya akan diteruskan pada pemproses Snapdragon 830 dengan teknologi cip 10nm. teknologi cip 10nm juga dilaporkan akan digunakan oleh pemproses generasi terbaru Samsung Exynos yang akan dilancarkan penghujung tahun ini.

Jika khabar angin ini betul, cip pemprosesan generasi baru dariapada Qualcomm ini dijangka lebih kecil namun dengan kuasa pemprosesan yang lebih baik selain mempunyai penjimatan tenaga yang lebih baik.

Selain itu, pemproses Snapdragon 830 ini juga dlihat mampu menyokong sehingga 8GB RAM dan ini akan memudahkan pengguna melakukan beberapa perkara pada masa yang serentak tanpa sebarang isu prestasi.

Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 830 ini dijangka akan mula disertakan pada telefon pintar yang dilancarkan pada tahun 2017.

snapdragon-830-rumor

sumber

Comments

comments

Share