Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Snapdragon 820 mungkin eksklusif kepada Samsung sehingga April 2016

samsung-galaxy-s7-dan-galaxy-s7-plus-3d-render-2

Samsung Galaxy S7 telah dikatakan akan hadir didalam beberapa jenis pemproses dalaman dan salah satu daripada pemproses itu adalah daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 820.

Lebih menarik,Samsung dilihat telah berjaya memperoleh hak elsklusif untuk menggunakan pemproses Snapdragon 820 ini buat beberapa bulan.

Laporan terbaru daripada China ini mengatakan Samsung akan menjadi satu-satunya pengeluar telefon pintar yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 820 sehingga bulan April.

Ini bermaksud, Kita tidak akan menyaksikan telefon pintar lain dengan pemproses Snapdragon 820 bagi tiga bulan pertama.

Walaubagaimanapun, laporan ini dilhat tidak begitu berasas kerana hak eksklusif kepada cipset Snapdragon 820 ini akan menyebabkan ramai syarikat utama yang telah mengesahkan pengunaan cip ini perlu menunggu sehingga tiga bulan sebelum melancarkan peranti mereka.

Namun jika ini ternyata benar, Samsung Galaxy S7 akan mendapat kelebihan kerana menjadi satu-satunya peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 820 ini.

Samsung Galaxy S7 yang akan dilancarkan di MWC pada bulan Februari ini dikatakan akan hadir dengan skrin paparan QHD dengan teknologi ‘Force Touch’ (seperti teknologi 3D Touch yang digunakan pada iPhone 6s), slot USB Type-C, kamera yang lebih baik dan mempunyai 4 model yang berbeza.

Walaupun dilaporkan akan mempunyai 4 Model, Samsung dikatakan hanya akan melancarkan dua model pada MWC dan dua lagi versi Galaxy S7 ini hanya akan dilancarkan selepas beberapa bulan.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.