Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone Zoom dilancarkan secara rasmi di Malaysia

image_5818363488

Asus Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kamera hibrid dengan zoom 3x optik ternipis didunia ke pasaran Malaysia. Asus Zenfone Zoom hadir ke pasaran Malaysia selepas diperkenalkan di CES 2015 dan ianya mengambil masa satu tahun untuk telefon pintar ini bersedia memasuki pasaran telefon pintar dunia.

Asus ZenFone Zoom ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 403ppi( gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4), hadir dengan dua jenis pemproses daripada Intel iaitu Z3590, 4GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman, dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, beralih kepada fokus utama telefon pintar ini iaitu pada bahagian kamera. Asus ZenFone Zoom adalah telefon pintar hibrid dengan kamera 13MP yang mempunyai mempunyai lensa diperbuat oleh HOYA.

Lensa yang dimiliki Asus Zenfone Zoom ini menawarkan zoom optik 3x dan bukanya zoom digital yang biasa digunakan pada telefon pintar. Kamera ini juga hadir dengan teknologi pemfokusan laser AF manakala kamera hadapan model ini adalah 5MP.

Asus ZenFone Zoom juga hadir akan dipasaran sebagai telefon pintar ternipis didunia yang memiliki zoom optik 3x.

Asus ZenFone Zoom dijangka akan hadir didalam dua warna iaitu warna hitam dan putih dan dengan harga penjualan RM 2,099

Asus Zenfone Zoom akan mula dijual di pasaran Malaysia mulai penghujung bulan ini.

image_5819073568 image_5819067408 image_5818837824 image_5818834672 image_5818831616 image_5818364096 image_5815168880 image_5803139776 image_5815147232 image_5803820144 image_5820348272image_5818840720

 

 

Comments

comments