Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone Zoom akan dilancarkan di Malaysia 13 Januari 2016

Asus Zenfone Zoom Malaysia

Asus Malaysia telah menghantar jemputan ke majlis pelancaran Asus Zenfone Zoom yang akan berlangsung minggu hadapan.

Asus Zenfone Zoom ini akan memasuki pasaran tempatan selepas hampir setahun diperkenalkan awal tahun lalu.

Asus ZenFone Zoom ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 403ppi( gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4), hadir dengan dua jenis pemproses daripada Intel iaitu Z3580 bagi versi 64GB dan Z3590 bagi versi 128GB, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, beralih kepada fokus utama telefon pintar ini iaitu pada bahagian kamera. Asus ZenFone Zoom adalah telefon pintar hibrid dengan kamera 13MP yang mempunyai mempunyai lensa diperbuat oleh HOYA.

Lensa yang dimiliki Asus Zenfone Zoom ini menawarkan zoom optik 3x dan bukanya zoom digital yang biasa digunakan pada telefon pintar. Kamera ini juga hadir dengan teknologi pemfokusan laser AF manakala kamera hadapan model ini adalah 5MP.

Asus ZenFone Zoom juga hadir akan dipasaran sebagai telefon pintar ternipis didunia yang memiliki zoom optik 3x.

Asus ZenFone Zoom dijangka akan hadir didalam dua warna iaitu warna hitam dan putih didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB dan 128GB.

Maklumat harga dan tarikh penjualan akan kami laporkan didalam liputan majlis pelancaran Asus Zenfone Zoom ini minggu hadapan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.