Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone Max kini ditawarkan di Malaysia – RM899

asus-zenfone-max-big

Asus Zenfone Zoom telah dilancarkan secara rasmi semalam dan ianya hadir denagn harga penjualan RM 2,099 namun nasib satu lagi model baru Asus iaitu Zenfone Max tidak diketahui walaupun telah dikesan di pangkalan data SIRIM.

Walaubagaimanapun, Asus Zenfone Max kini telah ditawarkan di Malaysia melalui DirectD dan ini adalah versi rasmi bagi pasaran Malaysia yang hadir dengan jaminan waranti satu tahun daripada Asus Malaysia.

sus ZenFone Max akan hadir dengan skrin paparan IPS 720p 5.5-inci yang turut dilindungi gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4, pemproses Quad-core Snapdragon 410, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh ZenFone Max ini, ianya hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Telefon pintar ini akan hadir dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE pada satu slot, Android 5.0 Lollipop dan slot microSD yang memberikan tambahan memori simpanan maksima 64GB.

Sesuai dengan nama Max, Asus ZenFone Max ini akan memberikan anda jangka hayat bateri yang baik kerana model ini memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh.

Asus Zenfone Max ditawarkan didalam satu warna iaitu warna hitam dengan harga penjualan RM 899.

setiap pembelian Asus Zenfone Max ini juga hadir dengan langganan ‘Kaspersky Internet Security’ secara percuma untuk satu tahun.

beli Asus Zenfone Max di SINI

asus zenfone max asus-zenfone-max-battery

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.