Microsoft Lumia 950 dan 950XL dilancarkan secara rasmi di Malaysia

image

Microsoft Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu Lumia 950 dan Lumia 950 XL.

Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950 Xl tiba ke pasaran Malaysia selepas tablet Microsoft Surface Pro 4 dilancarkan di Malaysia pertengahan bulan lalu dan sebelum ini telah dibuka untuk tempahan melalui Lazada Malaysia

Lumia 950 Xl dan Lumia 950 hadir dengan teknologi skrin paparan QHD AMOLED dengan ukuran 5.7-inci pada mode XL dan 5.2-inci pada model 950. Skrin ini juga hadir dengan ciri ‘Glance Screen’ dan ‘ClearBlack’.

Dari segi pemproses dalaman pula, Lumia 950 XL hadir dengan pemproses Snapdragon 810 yang disertakan dengan 3GB manakala Lumia 950 pula hadir dengan pemproses Snapdragon 808 juga dengan 3GB RAM.

Antara teknologi yang menarik pada peranti Windows 10 Mobile ini ialah, kedua-dua model ini hadir dengan teknologi penyejukan ‘Liquid Cooling’ dan port USB Type-C.

Dari segi kamera pula, Microsoft telah mengembalikan nama PureView pada kamera 950Xl dan 950 ini. Pada bahagian belakang kedua-dua Lumia ini adalah kamera 20MP dengan OIS dan lensa optik Carl Zeiss. Selain itu, kanera ini juga mampu merakam video 2160p dan hadir dengan flash LED.

Dari segi kamera selfie pula, kedua model ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu 5MP dengan kebolehan merakam video 1080p. Tidak seperti Lumia 950, Lumia 950Xl turut hadir dengan lampu flash LED.

Beralih kepada bateri pula, Lumia 950XL hadir dengan bateri berkapasiti 3,400 mAh manakala Lumia 950 hadir dengan bateri 3,000 mAh dan disertakan dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Beralih kepada harga, Microsoft Lumia 950 akan mempunyai harga penjualan RM 2,699 manakala Lumia 950 XL akan ditawarkan pada harga RM 2,999.

Kedua- dua telefon pintar Microsoft ini ditawarkan didalam warna hitam dan putih dan pembelian melalui wakil pengedar sah akan bermula pada 18 Disember ini.

pautan tawaran tempahan Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950XL melalui Lazada juga kami sertakan di bawah.

Lumia 950 Lazada Malaysia

Lumia 950 XL Lazada Malaysia

Selain melalui Lazada, Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950 XL juga ditawarkan melalui Digi iaitu hanya bagi pelan Digi SmartPlan 238.

Dengan pelan ini anda boleh memilki Lumia 950 secara percuma manakala Lumia 950 XL ditawarkan pada harga RM 330.(jumlah bayaran pendahuluan tidak dinyatakan).

Pelan SmartPlan 238 ini menawarkan anda 10GB kuota internet, panggilan dan SMS percuma dan WhatsApp/WeChat percuma. Pelan ini hadir dengan kontrak 24 bulan.

image image image image image image image image image

Comments

comments

Share