Microsoft Lumia 950 & 950XL kini disenaraikan di Lazada

microsoft-lumia-950-xl-and-lumia-950-mdroid

Telefon pintar terbaru daripada Microsoft iaitu Lumia 950 dan Lumia 950XL kini telah disenaraikan di laman Lazada Malaysia dengan tempahan bagi kedua-dua peranti ini bakal dibuka tidak lama lagi.

Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950 XL yang ditempah melalui Lazada juga akan ditawarkan dengan satu dok yang dikenali sebagai ‘Microsoft Display Dock’ dengan harga penjualan dok ini berharga RM 309 namun tawaran ini hanya bagi 50 pembeli pertama.
Lumia 950 dan Lumia 950 Xl tiba ke pasaran Malaysia selepas tablet Microsoft Surface Pro 4 dilancarkan di Malaysia pertengahan bulan lalu.

Lumia 950 Xl dan Lumia 950 hadir dengan teknologi skrin paparan QHD AMOLED dengan ukuran 5.7-inci pada mode XL dan 5.2-inci pada model 950. Skrin ini juga hadir dengan ciri ‘Glance Screen’ dan ‘ClearBlack’.

Dari segi pemproses dalaman pula, Lumia 950 XL hadir dengan pemproses Snapdragon 810 yang disertakan dengan 3GB manakala Lumia 950 pula hadir dengan pemproses Snapdragon 808 juga dengan 3GB RAM.

Antara teknologi yang menarik pada peranti Windows 10 Mobile ini ialah, kedua-dua model ini hadir dengan teknologi penyejukan ‘Liquid Cooling’ dan port USB Type-C.

Dari segi kamera pula, Microsoft telah mengembalikan nama PureView pada kamera 950Xl dan 950 ini. Pada bahagian belakang kedua-dua Lumia ini adalah kamera 20MP dengan OIS dan lensa optik Carl Zeiss. Selain itu, kanera ini juga mampu merakam video 2160p dan hadir dengan flash LED.

Dari segi kamera selfie pula, kedua model ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu 5MP dengan kebolehan merakam video 1080p. Tidak seperti Lumia 950, Lumia 950Xl turut hadir dengan lampu flash LED.

Beralih kepada bateri pula, Lumia 950XL hadir dengan bateri berkapasiti 3,400 mAh manakala Lumia 950 hadir dengan bateri 3,000 mAh dan disertakan dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Beralih kepada harga, Microsoft Lumia 950 akan mempunyai harga penjualan RM 2,700 manakala Lumia 950 XL akan ditawarkan pada harga RM 3,000.

Kedua- dua telefon pintar Microsoft ini ditawarkan didalam warna hitam dan putih dan penghantaran akan dilakukan mulai 18 Disember 2015.

Tempahan bagi Micosoft Lumia 950 dan Lumia 950XL masih belum dibuka dan dijangka dibuka selepas 15 Disember iaitu selepas majlis pelancaran rasmi peranti ini di Malaysia.

pautan tawaran Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950XL juga kami sertakan di bawah.

Lumia 950 Lazada Malaysia

Lumia 950 XL Lazada Malaysia

sumber

Microsoft Lumia 950 image

Comments

comments

Share