Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sokongan Navigasi ‘Offline’ Google Maps kini di Malaysia

google-maps-malaysia-offline-mode-2

Aplikasi peta popular iaitu Google Maps kini sudah menawarkan navigasi dan panduan peta secara offline bagi pengguna di Malaysia.

Pengguna di Malaysia kini boleh menggunakan fungsi untuk menggunakan navigasi dari Google Maps tanpa perlu akses kepada Internet.

Cara pengunaan fungsi ini adalah anda hanya perlu memilih kawasan yang anda mahu muat turun dan Google Maps ini akan menyimpan ‘cache’ kesemua maklumat mengenai kawasan yang anda pilih dan memberikan kesemua maklumat tersebut apabila anda perlu melakukan navigasi ke tempat tersebut.

Saiz maklumat kawasan yang anda muat turun bergantung kepada keluasan kawasan yang anda pilih, jika anda zoom keluar ketika membuat pilihan anda akan memuaturun maklumat yang meliputi lebih banyak kawasan.

Setiap kawasan boleh mencecah dari berpuluh MB sehingga beratus-ratus MB dan kesemua maklumat yang dimuat turun ini mempunyai tempoh masa 29 hari sebelum perlu dikemaskini dengan menyambungkanya pada internet.

Walaubagaimanapun, navigasi offline Google Maps ini tidak menawarkan maklumat trafik namun fungsi ini pasti berguna dikawasan dimana anda mungkin tidak mempunyai akses kepada internet.

Fungsi Google Maps dengan navigasi Oflline kini ditawarkan kepada pengguna Malaysia yang mengguna peranti Android dan iOS.

Fungsi Google Maps dengan navigasi dan maklumat offline ini pasti akan membantu pengguna telefon pintar yang mempunyai kuota data yang minima pada telefon pintar mereka.

google-maps-malaysia-offline-mode google-maps-malaysia-offline-mode-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.