Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beta Tertutup Tarisland kini tersedia bagi pengguna Android dan PC

Tarisland, MMORPG merentas platform yang akan dilancarkan tidak lama lagi telah mengumumkan bahawa pramuat turun bagi versi Beta Tertutup ke-2 telah bermula pada 13 November 2023. Beta Tertutup telah dilancarkan pada 14 November yang lalu.

Beta Tertutup ke-2 untuk Tarisland kini tersedia bagi platform Android dan PC di Argentina, Brazil, Kanada dan Amerika Utara, serta negara terpilih di Eropah dan Asia Tenggara.

Permainan ini juga boleh dimainkan didalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis dan Sepanyol.

Tarisland dijadualkan akan dikeluarkan bagi peranti iOS, Android dan PC pada suku pertama 2024. Untuk berita terkini tentang permainan, lawati laman web rasmi Tarisland

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.