Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nexus 6P kini di Malaysia melalui DirectD – RM2,899

huawei nexus 6p

Telefon pintar Nexus 6P yang dikeluarkan oleh Huawei dijangka akan memasuki pasaran tempatan didalam masa terhad namun jika anda tidak boleh tunggu sehingga pelancaran rasmi model ini di Malaysia anda kini boleh mendapatkanya melalui pengedar DirectD.

Huawei Nexus 6P ini hadir dengan harga penjualan RM 2,899 bagi versi 32GB manakala versi 64GB pula ditawarkan pada harga RM 3,299.

Beralih kepada spesfikasi yang dimiliki oleh telefon pintar terbaru Google ini, Nexus 6 hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel 518ppi dan dilapisi gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4. Menariknya ini adalah telefon pintar pertama Huawei dengan skrin paparan QHD dan memberikan kita petunjuk bahawa, generasi telefon pintar utama yang berikut daripada Huawei mungkin hadir dengan teknologi skrin paparan QHD ini.

Selain itu, antara spesifikasi lain yang dimiliki oleh Nexus 6P adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1, 3GB RAM, dua pembesar suara hadapan, bateri berkapasiti 3,450mAh, slot USB Type-C, Android Marshmallow dan hadir dengan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB.

Nexus 6P ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera utama 12.3MP dengan 1.55┬Ám piksel dan aperture f/2.0 dan mampu merakam video 2160p. bagi kamera selfie pula, Nexus 5X hadir dengan kamera 5MP manakala kamera selfie Nexus 6P adalah 8MP.

Nexus 6P yang ditawarkan oleh DirectD ini hadir dengan jaminan satu tahunan daripada syarikat ini dan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna kelabu bagi versi 32GB dan warna perak bagi versi 64GB.

Maklumat lanjut boleh diperoleh disini > DirectD Nexus 6P

huawei-nexus-6p-singapore-launch

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.