Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google perkenalkan penjenamaan baharu Android dan logo 3D Bugdroid

Google telah memperkenalkan logo baharu Android yang lebih menghubungkan kedua-dua jenama ini.

Android kini telah beralih daripada penggayaan huruf kecil yang lama untuk “android”,  logo Android kini tampil dengan penggunaan huruf besar “A”, memberikan keutamaan yanh sama apabila diletakkan di sebelah logo Google.

Selain itu, penggayaan Android baharu juga lebih mencerminkan logo Google dan mewujudkan keseimbangan antara kedua-duanya.

Seterusnya, Google juga telah mengemaskini logo Android iaitu The Bugdroid dengan rekaan 3D yang baharu yang kini tampil dengan lebih dimensi dan watak.

Logo dan 3D bugdroid yang baharu ini akan mula digunakan pada peranti Android yang akan dilancarkan sepanjang tahun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.