Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO A60 – telefon pintar entry-level dengan ketahanan gred ketenteraan

Pengenalan

 A Series adalah siri telefon pintar mampu milik popular daripada OPPO dan model terbaru yang dilancarkan oleh syarikat ini adalah OPPO A60 yang tampil dengan beberapa ciri yang kebiasaanya tidak ditawarkan didalam kelas harga ini.

Menariknya, OPPO memfokuskan kepada ketahanan yang lebih baik pada A60 ini dan ianya juga telah menerima beberapa penarafan ketahanan tertinggi ketenteraan yang membuktikanya sebagai sebuah peranti yang tahan lasak.

OPPO A60 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 699 dan ini adalah ulasan telefon pintar terbaru OPPO A Series ini.

Reka Bentuk

OPPO A60 boleh dikatakan mewarisi rekaan trendy dan premium yang ditawarkan pada OPPO Reno Series yang mana ianya tampil dengan kombinasi chasis yang flat bersama skrin melengkung 2.5D dan panel belakang 2D.

Anda boleh memilih daripada dua kemasan Magnetic Particle berasaskan alam semulajadi yang ditawarkan iaitu Ripple Blue dan Midnight Purple yang mana kedua-duanya menawarkan kesan alunan yang menarik untuk dilihat apabila terdedah kepada cahaya pada sudut tertentu.

Bercakap mengenai rangka, OPPO A60 tampil dengan rangka yang diperbuat daripada besi yang rata dan agak selesa untuk dipegang walaupun untuk tempoh yang lama.

Pada bahagian sisi kanan, OPPO telah menyertakan butang kuasa yang diletakkan pada posisi yang ergonomik bersama butang pelaras bunyi manakala slot SIM diletakkan pada sisi kiri.

Dalam pada itu, pada bahagian bawah terdapat slot USB-C dan gril pembesar suara stereo yang menyokong mod Dual Stereo Audio dan Ultra Volume Mode 300%.

Seterusnya, OPPO A60 juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP54 yang mampu melindunginya daripada hujan dan aktiviti kecergasan yang melibatkan air atau peluh. Ianya didakwa mampu beroperasi tanpa sebarang masalah walaupun selepas terdedah pada air hujan selama lebih 10 minit.

Seperti yang kami perkatakan, OPPO A60 adalah telefon pintar yang dihasilkan dengan ketahanan tinggi dan ianya telah memperoleh pensijilan gred industri ketenteraan MIL-STD 810H.

Ini bermaksud OPPO A60 mempunyai rintangan kejutan yang sangat tinggi dan ianya terbukti masih mampu berfungsi dengan baik tanpa sebarang isu selepas menjalani ujian seperti mengharungi 5000KM jalan beralun di dalam kereta tanpa aksesori tambahan dan 26 jatuhan berturut-turut dari ketinggian 1.22m pada pelbagai kedudukan

Menutup bahagian reka bentuk ini adalah dengan ukuran dimensi telefon pintar ini yang mempunyai ketebalan sekitar 7.68mm dengan berat 186 gram.

Skrin Paparan

OPPO A60 tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ianya adalah panel memiliki kadar kecerahan maksima mencecah 950nits iaitu 39% peningkatan berbanding generasi A Series sebelum ini.

Panel ini juga menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dengan sokongan kadar bingkai dinamik antara 60Hz,90Hz dan 120Hz.

Skrin paparan ini juga mempunyai lubang punch-hole untuk menempatkan kamera selfie 8MP dan ianya mempunyai nisbah skrin kepada badan 89.9%

Dalam pada itu, OPPO A60 juga membawakan ciri flagship Splash Touch yang pertama kali ditawarkan pada peranti kelas entry-level dan ini meningkatkan ketepatan sentuhan dan responsif walaupun ketika

skrin lembap, membolehkan anda terus menggunakan telefon walaupun anda terperangkap di luar ketika hujan.

Pemproses

OPPO A60 dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang merupakan cip 6nm yang menawarkan 10% peningkatan  dalam prestasi berbanding generasi sebelum ini dan ini dicapai sambil mengurangkan penggunaan kuasa dengan ketara, membolehkan jangka hayat bateri yang lebih lama dengan penjanaan haba yang kurang.

Selain itu, OPPO A60 ini juga dipadankan dengan 8GB RAM bersama dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB serta sehingga 8GB Dynamic RAM. Dengan ColorOS 14 dan Trinity Engine, A60 dikatakan mampu menjimatkan sehingga 23GB storan dengan memampatkan data yang tidak digunakan dan mengalih keluar pendua fail (Jangan risau, sokongan kad microSD sehingga 2TB juga turut disertakan).

Dalam pada itu, OPPO juga menjanjikan bahawa telefon pintar A60 ini akan mengekalkan prestasi seperti pada hari pertama walaupun selepas 4 tahun penggunaan dengan penarafan OPPO 48-Month Fluency Protection

.

Beralih kepada antaramuka, OPPO A60 tampil dengan UI generasi baharu daripada syarikat ini iaitu ColorOS 14 yang berasaskan Android 14 dan ianya keselamatan, produktiviti, kebolehpercayaan, penggunaan yang lama dan banyak lagi.

Kamera

Oppo A60 hadir dengan tetapan dwi-kamera yang terdiri daripada sensor utama Ultra-Clear 50MP dengan aperture f/1.8, bersama sensor potrer 2MP yang memiliki aperture f/2.4

Oppo A60 dilihat menampilkan sistem kamera yang memuaskan bagi telefon pintar pada kelas harga ini dengan beberapa mod fotografi seperti Potrait, AI Potrait Retouching, Dual-View Video dan mod Hi-Res yang mengambil gambar pada resolusi penuh 50MP.

Dalam pada itu. Oppo A60 dilengkapi dengan kamera selfie 8MP yang menawarkan prestasi selfie yang cukup-cukup makan sahaja namun ianya sesuatu yang boleh dijangka pada telefon pintar A Series ini.

Bateri

Walaupun memiliki profil rekaan yang nipis dan ringan, OPPO A60 masih mengekalkan kapasiti bateri 5,000mAh dan teknologi bateri yang baharu juga memastikan jangka bateri ini kekal melebihi 80% walaupun selepas 4 tahun digunakan.

Bersama bateri ini, OPPO Reno11 F 5G juga disertakan dengan pengecasan pantas 45W SUPERVOOC yang mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

OPPO A60 juga disertakan dengan ciri Battery Health yang menawarkan tetapan khas untuk bateri seperti Smart Charging dan Ciri menghentikan pengecasan pada kadar 80% sahaja untuk meningkatkan lagi ketahanan bateri dari segi jangka panjang.

Penutup

OPPO A60 adalah sebuah telefon pintar kelas entry-level yang menawarkan beberapa ciri premium terutamanya dari segi ketahanan peranti ini.

Dengan chasis dan rekaan yang lebih kukuh, OPPO A60 kini menjadi satu penandaras baharu dari segi ketahanan telefon pintar kelas entry level.

Bagi yang berminat, OPPO A60 kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 699 sahaja.

Dapatkanya di stor rasmi OPPO Malaysia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.