Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo secara rasminya melancarkan Vibe X3

lenovo-vibe-x3-official-launch-5

Lenovo secara rasminya telah melancarkan model telefon pintar kelas pertengahan mereka iaitu Lenovo Vibe 3 dan ianya hadir dengan tiga versi.

Ketiga-tiga versi Lenovo Vibe X3 ini mempunyai nama yang sama dengan dua daripada model mempunyai sedikit perbezaan manakala satu lagi model hanya hadir dengan beberapa komponen utama yang berbeza untuk mengekalkan harga penjualan yang lebih rendah.

Bercakap mengenai skrin paparan Vibe X3 ini, kesemua model ini hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi HD penuh dan gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 3.

Dua daripada model Vibe X3 ini hadir dengan pemproses Snapdragon 808, 3GB RAM dan kapasiti memori simpanan 32GB atau 64GB. Kedua-dua model juga hadir dengan slot microSD selain sokongan dwi-SIM 4G LTE.

lenovo-vibe-x3-official-launch-1

Kedua-dua versi ini juga memiliki unit kamera yang sama iaitu kamera 23MP Sony IMX230 dengan pemfokusan PDAF dengan sokongan rakaman video 4K. Selain itu, terdapat juga kamera selfie 8MP.

Beralih kepada bateri pula, kedua-dua model Vibe X3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,600mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan Qualcomm Quick Charge 2.0

Model ketiga Vibe X3 ini pula hadir dengan pemproses octa-core daripada MediaTek, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 16MP, kamera selfie 5MP dan bateri berkapasiti 3,400mAh.

Ketiga-tiga Lenovo Vine X3 ini juga hadir dengan kebolehan audio yang tinggi. Terdapat tiga amplifier Texas Instruments OPA1612, satu codec Cirrus Logic WM8281 untuk mengurangkan gangguan bunyi dan eko dan Sabre 9018C2M DAC. Selain itu, Vibe X3 juga memiliki pensijilan Dolby Atmos dan tidak lupa sensor pengesan capajri dibahagian belakang.

Lenovo Vibe X3 akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari CNY 1,800 (RM 1,236) bagi versi dengan pemproses MediaTek, versi 32GB dengan pemproses SD808 akan mempunyai harga penjualan CNY 2,499 (RM 1,716) manakala versi 64GB akan ditawarkan pada harga CNY 2,999 (RM 2,059).

Lenovo tidak mengumumkan sebarang tarikh akan bila model ini memasuki pasaran antarabangsa.

lenovo-vibe-x3-official-launch-6 lenovo-vibe-x3-official-launch-4 lenovo-vibe-x3-official-launch-3 lenovo-vibe-x3-official-launch-2 lenovo-vibe-x3-official-launch

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.