b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Vibe P1 & P1m akan dilancarkan di Malaysia 19 November ini

lenovo-vibe-p1-p1m-malaysia-launch

Lenovo Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Lenovo Vibe P1 dan Vibe P1m ke pasaran Malaysia.

Pelancaran ini akan berlangsung minggu hadapan iaitu pada 19 November 2015.

lenovo_vibe_p1_malaysia

Bercakap mengenai spesifikasi kedua-dua model ini Lenovo Vibe P1 adalah telefon pintar kelas pertengahan . Lenovo Vibe P1 akan hadir dengan skrin paparan paparan IPS berukuran 5.5-inci (401ppi), pemproses Snapdragon 615, 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Lenovo P1 akan juga akan hadir dengan kamera utama 13MP dengan lampu flash dwi-tona, kamera selfie 5MP, sokongan dwi-SIM, sokongan microSD dan berasakan Android 5.1 Lollipop.

Lenovo P1 dijangka akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 1000 dan keatas dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna platinum dan kelabu.

lenovo-smartphone-vibe-p1m-black-front-back-1

Beralih kepada Lenovo P1m pula, walaupun belum dilancarkan secara rasmi oleh Lenovo , Lenovo P1m telah mula dibuka untuk tempahan oleh Lazada pada harga istimewa RM 599.

Lenovo P1m hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.0-inci(294ppi), pemproses Mediatek MT6735P berkelajuan 1.0GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Lenovo P1m juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera hadapan 5MP, bateri berkapasiti 4,000mAh, sokongan 4G LTE, USB OTG? Slot microSD, dwi-SIM dan Android 5.1 Lollipop.

Lenovo P1m dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna hitam dan putih, harga penjualan model ini mungkin bermula dari RM 649 selepas tempoh tempahan di Lazada tamat.

Comments

comments