Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Legion Y70 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1

Lenovo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 iaitu Lenovo Legion Y70.

Lenovo Legion Y70 ini adalah sebahagian daripada keluarga telefon pintar gaming Legion namun tampil dengan rekaan yang lebih standard.

Lenovo Legion Y70 tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 1500Hz serta lubang punch-hole ditengah yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Selain itu, Lenovo Legion Y70 juga tampil dengan sistem penyejukan yang terdiri daripada 10 lapisan termasuk kepingan grafit dan VC terbesar di pasaran iaitu 5,047 mm persegi.

Selain itu, cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini juga dipadankan didalam tiga konfigurasi RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 iaitu 8/128 GB, 12/256 GB, dan 16/512 GB.

Beralih kepada kamera pula, Lenovo Legion Y70 menampilkan sensor utama 50MP 1/1.55″, sensor ultrawide 13MP dengan FoV 120⁰ dan sensor depth 2MP.

Dalam pada itu, Lenovo Legion Y70 juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan pantas 67W, dan antaramuka ZUI 4.

Lenovo Legion Y70 ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, White dan Red pada harga dari CNY 3,299 di China.

Buat masa ini masih belum sebarang maklumat mengenai penawaran antarabangsa telefon pintar ini.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.