Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Civi 2 akan memiliki bateri 4,500mAh dan pengecasan 67W

Xiaomi Civi 2 akan memiliki bateri 4,500mAh dan pengecasan 67W 1

Xiaomi Civi 2 akan memiliki bateri 4,500mAh dan pengecasan 67W 2

Xiaomi Civi 2 akan dilancarkan di pasaran China pada 27 September ini dan maklumat baharu tentang telefon pintar ini yang didedahkan secara rasmi adalah kapasiti bateri dan teknologi pengecasan pantas yang dimilikinya.

Walaupun memiliki profil rekaan yang nipis, Xiaomi Civi 2 telah disahkan akan memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dan ianya turut disertakan dengan pengecasan pantas 67W yang membolehkan bateri ini dicaj penuh didalam masa 40 minit sahaja.

Xiaomi Civi 2 akan memiliki bateri 4,500mAh dan pengecasan 67W 3

Selain itu, Xiaomi Civi 2 juga telah disahkan akan memiliki tetapan tri-kamera dibelakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP Sony IMX766 dan dua sensor yang masih belum didedahkan.

Xiaomi Civi 2 akan memiliki bateri 4,500mAh dan pengecasan 67W 4

Paling mencuri tumpuan adalah reka bentuk skrin dengan lubang punch-hole ditengah yang mirip Dynamic Island yang diperkenalkan pada iPhone 14 Pro Series baru-baru ini. Kamera selfie Xiaomi Civi 2 adalah dua unit 32MP.

Setakat ini, Xiaomi Civi 2 dijangka akan kekal eksklusif untuk pasaran China sahaja.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.