Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Ultra akan menyokong pengecasan 25W sahaja

Samsung Galaxy S23 Series akan dilancarkan awal tahun hadapan dan salah satu model keluarga Samsung Galaxy S23 Series telah dikesan di pangkalan data 3C.

model dengan nombor SM-S9180 yang merujuk kepada Samsung Galaxy S23 Ultra telah disahkan akan menyokong pengecasan 25W.

Angka ini adalah lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan pada Samsung Galaxy S22 Ultra yang menyokong pengecasan 45W namun ianya tidak menawarkan perbezaan yang ketara dengan pengecasan 25W.

Walaubagaimanapun, Samsung mungkin telah mencari penyelesaian untuk mengekalkan pengecasan 25W untuk tempoh yang lebih lama pada Galaxy S23 Ultra.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S23 Ultra dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti Galaxy S22 Ultra namun dengan sensor 200MP dan cip terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2.

Samsung Galaxy S23 Series dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari atau Februari 2023.

sumber

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.