Shopee 11.11 Jualan Hebat Meriahkan Shopee Live dengan Siaran Langsung Harian, Baucar Bernilai RM11 Juta dan Penjimatan Hebat!


Bersiap sedia untuk menonton, membeli-belah dan menikmati tawaran hebat sempena jualan terbesar tahun ini! Sehingga 12 November ini, Shopee 11.11 Jualan Hebat membawakan kemeriahan terus ke Shopee Live. Saksikan pelbagai tawaran menarik secara langsung menerusi siaran langsung harian yang menampilkan barisan personaliti terkenal Malaysia, di samping peluang merebut baucar bernilai RM11 juta serta pelbagai baucar eksklusif Shopee Live untuk menikmati penjimatan hujung tahun yang lebih berbaloi!
Shopee Live Lebih Meriah Sempena 11.11 Ini
Apa yang lebih menarik? Saluran rasmi Shopee Live bakal membawakan siaran langsung setiap hari mulai sekarang hingga 11 November, menampilkan selebriti dan personaliti kegemaran ramai serta tawaran penjimatan eksklusif!
Berikut antara kemunculan menarik yang boleh dinantikan:
Dan itu belum semuanya! Saksikan juga Ain Ramli dan Shabina secara langsung pada 2 dan 3 November, dengan pelbagai promosi menarik daripada La Roche-Posay, Medicubedan Torriden.
Keseronokan tidak terhenti di situ! Mulai sekarang hingga 11 November, rakyat Malaysia turut berpeluang menikmati baucar siaran langsung harian dengan diskaun sehingga 60% untuk penjimatan tambahan bagi setiap pembelian menerusi Shopee Live. Lebih istimewa, sertai rancangan Shopee Mamak Lagi Murah dari 2 hingga 6 November untuk berpeluang memenangi baucar hadiah bernilai sehingga RM1,111.
Dengan tawaran eksklusif, kemunculan personaliti terkenal dan pelbagai ganjaran menarik, Shopee Live sememangnya destinasi utama untuk menikmati kemeriahan 11.11 kali ini.
11.11 Tampil dengan Lebih Banyak Keistimewaan dan Ganjaran Shopee VIP
Selain pengalaman membeli-belah secara langsung, Shopee turut menambah baik tawaran VIP sempena jualan terbesarnya tahun ini dengan memberikan lebih banyak ganjaran kepada pengguna setia, termasuk:
Jangan lepaskan peluang menikmati tawaran istimewa ini! Daftar sebagai ahli Shopee VIP hari ini dan nikmati percubaan percuma selama sebulan untuk pelanggan baharu, sekali gus membuka akses kepada semua ganjaran ini dan banyak lagi!
Nikmati Penghantaran Sepantas 1 Jam dengan Shopee Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini
Tidak sempat membeli barangan dapur atau keperluan rumah? Shopee Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini sedia membantu rakyat Malaysia memenuhi keperluan mereka. Menerusi perkhidmatan Instant Delivery, pengguna di Lembah Klang kini boleh menerima barangan keperluan saat akhir seawal satu jam!
Bermula 10 November, pembeli juga boleh menikmati diskaun 50% untuk kos penghantaran dari 10 hingga 11 November. Selain itu, dapatkan sebuku roti sandwich di Instant Mart pada harga hanya 11 sen, dengan tawaran ini tersedia sehingga 20 November.
Berbelanja dan Menang Bersama Kamatto: Menangi Sedan Ikonik Malaysia!
Mulai sekarang hingga 12 November, berbelanja sekurang-kurangnya RM180 dengan Kamatto untuk berpeluang memenangi sedan ikonik Malaysia, iaitu Proton Saga MC3 baharu bernilai RM49,990! Layari Shopee Mission, lengkapkan tugasan yang tersedia dan kumpul mata untuk meningkatkan peluang membawa pulang hadiah utama yang istimewa ini.
