Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X Fold+ kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan bateri lebih besar

vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable vivo X Fold+ yang masih sama seperti vivo X Fold namun dengan cipset terbaru dan kapasiti bateri yang lebih baik.

vivo X Fold+ kekal menampilkan penggunaan dua skrin iaitu satu skrin paparan luar AMOLED berukuran 6.53-inci dan satu skrin paparan utama boleh lipat LTPO3 AMOLED E5 berukuran 8.03-inci. Kedua-dua skrin ini menyokong kadar segar semula 120Hz dan HDR10+. Skrin paparan utama ini juga dilapisi SCHOTT UTG.

Kedua-dua skrin ini juga mempunyai sensor capjari ultrasonik terbina.

Beralih kepada komponen utama telefon pintar ini iaitu engsel, vivo X Fold+ menggunakan engsel floating wing yang diperbuat daripada bahan industri pembuatan kapal terbang yang membolehkan ianya tertutup rapat atau diletakkan pada sudut 60 atau 120 darjah.

Selain itu, vivo X Fold+ hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 12GB RAM , storan dalaman 256GB atau 512GB dan bateri berkapasiti 4,730mAh dengan pengecasan pantas 80W yang mampu mencapai pengecasan penuh didalam masa 35 minit dan terdapat juga pengecasan tanpa wayar pada kadar 50W serta pengecasan berbalik pada kadar 10W.

Selain itu, vivo X Fold+ tampil dengan sensor utama 50MP Samsung GN5 yang memiliki OIS, sensor 12MP dengan 2x zoom, sensor persikop 5x zoom dan sensor ultrawide 48MP dengan 114° FOV.

vivo juga telah berkerjasama dengan ZEISS untuk beberapa ciri fotografi tambahan seperti Texture Portrait, Motion Capture 3.0, Zeiss Super Night Scene, Zeiss Nature Color dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga dua kamera selfie iaitu satu pada setiap skrin.

vivo X Fold+ akan ditawarkan didalam tiga warna yang tampil dengan kemasan faux leather pada harga CNY 9,999(RM 6,431) bagi versi 12/256GB dan CNY 10,999 (RM 7,074) bagi versi 12/512GB

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.