Patut ke beli Pro Max atau REDMI Note 17 Pro 5G je dah cukup power?

Xiaomi baru-baru ini telah memperkenalkan REDMI Note 17 Series, generasi terbaharu daripada rangkaian telefon pintar terlaris REDMI yang kini telah melepasi jualan 500 juta unit di seluruh dunia.
Meneruskan legasi tersebut, siri terbaharu ini hadir dengan pelbagai peningkatan yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini. Antaranya termasuk kapasiti bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas, ketahanan lebih baik terhadap air dan jatuh, serta reka bentuk baharu yang lebih moden.
Kesemua ciri ini membawa pengalaman penggunaan yang lebih tahan lama dan boleh dipercayai ke segmen pertengahan, selari dengan visi REDMI untuk menghasilkan telefon pintar yang mampu digunakan untuk tempoh yang lama.
Sejak diperkenalkan, siri REDMI Note terus berpegang pada prinsip yang menjadi asas kepercayaan pengguna iaitu menawarkan produk premium yang lebih mudah diakses, dengan kualiti premium pada setiap produk.
Dengan teknologi REDMI Titan Quality, REDMI Note 17 Series turut membuktikan komitmen Xiaomi terhadap ketahanan dan kebolehpercayaan, memastikan peranti kekal berfungsi dengan baik walaupun digunakan setiap hari dalam jangka masa panjang.
Dua model REDMI Note 17 Series yang menjadi tumpuan adalah REDMI Note 17 Pro Max 5G yang merupakan model Pro Max pertama siri ini dan REDMI Note 17 Pro 5G.
Walaupun di atas kertas, REDMI Note 17 Pro Max 5G adalah model yang lebih premium, kami ingin berkongsi perbandingan yang membuktikan bahawa REDMI Note 17 Pro 5G adalah model yang sudah cukup untuk dipilih sebagai telefon pintar anda yang seterusnya.
Titan Battery Untuk Ketahanan Sepanjang Hari
REDMI Note 17 Pro 5G hadir dengan bateri silicon-carbon berkapasiti 8,340mAh yang direka untuk memberikan ketahanan lebih lama tanpa memerlukan pengecasan yang kerap. Ia turut menyokong 67W HyperCharge, yang mampu mengecas ke tahap 50% dalam masa 34 minit sahaja. Selain itu, sokongan pengecasan berbalik 22.5W membolehkan telefon ini berfungsi sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain apabila diperlukan.
Sementara itu, REDMI Note 17 Pro Max 5G membawa kapasiti bateri yang lebih besar dengan 10,000mAh, iaitu kapasiti bateri terbesar pernah ditawarkan Xiaomi. Ia turut menggunakan kandungan silikon sebanyak 16% dan dipadankan dengan pengecasan pantas 100W HyperCharge serta pengecasan berbalik 27W.
Xiaomi mendakwa bateri ini mampu menawarkan penggunaan sehingga tiga hari dalam senario penggunaan sederhana.
Selain itu, prestasi baterinya juga telah menerima TÜV SÜD 5-star Battery Performance Certification, selepas melalui pelbagai ujian yang merangkumi jangka hayat kitaran pengecasan, ketahanan penggunaan, ketahanan terhadap hentakan serta prestasi dalam keadaan suhu ekstrem.
Kesimpulannya, bagi pengguna yang mahukan bateri besar tanpa memerlukan kapasiti terbesar, REDMI Note 17 Pro 5G memberikan anda pakej yang sangat lengkap iaitu bateri 8,340mAh, 67W HyperCharge, 22.5W reverse charging serta ketahanan bateri lebih dari 2 hari penggunaan.
Direka Untuk Tahan Lasak Dalam Penggunaan Harian
REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G hadir dengan teknologi REDMI Titan Structure, iaitu seni bina perkakasan yang diperkukuhkan untuk menahan cabaran penggunaan harian.
Kedua-dua model menawarkan ketahanan terhadap hentakan yang lebih baik, selain perlindungan menyeluruh daripada habuk dan air untuk memberikan ketenangan ketika digunakan dalam pelbagai keadaan.
Kedua-dua model Pro ini turut dilengkapi penarafan kalis air dengan pensijilan IP66, IP68, IP69 dan IP69K. Malah, kedua-duanya telah melepasi ujian ketahanan air selama 72 jam pada kedalaman sehingga 2 meter, selain menjadi antara model pertama yang memperkenalkan ciri Underwater Mode.
Dalam penggunaan harian, Teknologi Wet Touch 2.0 juga mampu mengesan kehadiran air, minyak, buih dan peluh bagi memastikan setiap sentuhan pada skrin kekal tepat dan responsif.
Dari segi ketahanan terhadap jatuhan pula, REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G telah dibina serta diuji untuk menghadapi situasi penggunaan sebenar. Dengan sokongan pensijilan SGS, kedua-dua model diuji untuk menahan jatuhan dari ketinggian sehingga 3 meter ke permukaan granit. Perlindungan ini turut diperkukuhkan dengan Corning Gorilla Glass Victus 2 yang membantu mengurangkan risiko kerosakan akibat jatuhan dan calar dalam penggunaan seharian.
Bukan sekadar pada bahagian luar, kedua-dua model turut menggunakan seni bina dalaman bertaraf flagship bagi meningkatkan tahap ketahanan dari dalam. Papan induk berkekuatan tinggi, rangka tengah MDA yang diperkukuhkan serta reka bentuk kusyen penyerap hentakan bekerjasama untuk membantu melindungi komponen penting daripada impak tidak disengajakan.
Menariknya, dari aspek ketahanan, REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G menawarkan ciri yang hampir sama. Jadi, jika ketahanan merupakan antara perkara utama yang dicari, REDMI Note 17 Pro 5G menawarkan pakej perlindungan yang sama seperti versi Pro Max. Dalam situasi ini, pengguna yang tidak memerlukan kelebihan tambahan yang ditawarkan oleh model Pro Max boleh mempertimbangkan REDMI Note 17 Pro 5G sebagai pilihan yang lebih praktikal.
Titan Camera
Dari segi fotografi, REDMI Note 17 Pro 5G hadir dengan sistem kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP Ultra Clear dengan OIS, kamera ultra-wide 8MP serta kamera swafoto 16MP. Kombinasi kamera ini sudah cukup untuk kegunaan harian, termasuk mengambil gambar, merakam video dan menghasilkan kandungan untuk media sosial.
Bagi REDMI Note 17 Pro Max 5G pula, Xiaomi mengekalkan sensor utama 50MP dengan OIS dan ultra-wide 8MP, tetapi menawarkan beberapa peningkatan pada bahagian tertentu. Kamera utamanya mempunyai aperture yang lebih besar iaitu f/1.5, manakala kamera hadapan dinaik taraf kepada sensor 32MP. REDMI Note 17 Pro Max 5G juga menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps, termasuk pada kamera hadapan.
Walaupun model REDMI Note 17 Pro Max 5G mempunyai beberapa kelebihan dari segi kamera, perbezaannya tidak terlalu besar untuk pengguna biasa kerana secara asasnya kedua-dua model masih menggunakan kamera utama 50MP dan kamera ultra-wide 8MP.
Jadi, jika penggunaan lebih tertumpu kepada fotografi harian, media sosial dan gambar biasa, REDMI Note 17 Pro 5G sudah menawarkan pakej kamera yang lengkap tanpa perlu membayar lebih untuk ciri yang mungkin tidak digunakan setiap hari.
Untuk mereka yang mencari keseimbangan antara keupayaan kamera dan nilai keseluruhan, REDMI Note 17 Pro 5G adalah pilihan terbaik.
Paparan dan Audio Lebih Imersif
REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G menawarkan pengalaman tontonan yang lebih imersif, selain prestasi audio yang berkuasa.
REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G hadir dengan skrin paparan 1.5K CrystalRes AMOLED berukuran 6.83 inci.Kedua-dua model Pro juga menggunakan bahan pencahayaan bertaraf flagship yang dinaik taraf, yang membolehkannya menawarkan kecerahan puncak sehingga 3,500 nits untuk paparan yang lebih jelas ketika digunakan di luar.
Siri REDMI Note 17 turut menawarkan pengalaman audio yang sepadan dengan keupayaan keseluruhannya. Pembesar suara pada setiap model ini menghasilkan bunyi yang lantang dan jelas untuk memainkan kandungan media . Pada REDMI Note 17 Pro Max 5G, pengalaman audio dipertingkatkan lagi dengan peningkatan volume boost sehingga 400%, manakala REDMI Note 17 Pro 5G menawarkan volume boost sehingga 300%.
Prestasi Berkuasa dengan AI
REDMI Note 17 Pro Max 5G dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 5, yang mampu mengendalikan permainan intensif, kandungan 4K serta penggunaan pelbagai aplikasi secara serentak dengan lancar.
REDMI Note 17 Pro 5G pula menggunakan cip Snapdragon 6s Gen 4 yang menawarkan prestasi lancar dan konsisten untuk hiburan serta produktiviti harian. Kedua-dua model juga menyokong sehingga 16GB RAM melalui ciri Memory Extension bagi memastikan aplikasi dapat kekal berjalan dengan lancar di latar belakang.
Dapatkan REDMI Note 17 Pro 5G Sekarang!
REDMI Note 17 Pro 5G boleh didapati dalam dua pilihan storan. varian 8GB + 256GB akan ditawarkan pada harga promosi RM1,499, berbanding harga asal RM1,599, manakala varian 8GB + 512GB pula akan ditawarkan pada harga promosi RM1,799, berbanding harga asal RM1,899. Promosi ini sah dari: 5 September sehingga 30 September 2026.
Promosi Jualan Rasmi:
- Percuma REDMI Headphones Neo (Obsidian Black)
- 5 tahun waranti bateri
- 3 tahun perlindungan skrin
- 2 tahun perlindungan liquid damage
- 2 tahun waranti back cover
- 2 tahun waranti kualiti
- 2 bulan YouTube Premium
- 6 bulan Google One dengan storan awan 200GB
Dapatkan REDMI Note 17 Pro 5G di
📍Stor Rasmi Xiaomi Malaysia
🛒 Stop atas talian rasmi Xiaomi Malaysia
🛒 Stor Rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok









