Xiaomi Mi 5 akan turut hadir didalam versi Windows 10
Seperti yang telah disahkan oleh Xiaomi, syarikat ini akan memperkenalkan generasi terbaru telefon pintar utama mereka iaitu Xiaomi Mi 5 pada 24 Februari ini.
Selain itu, Xiaomi Mi 5 juga akan ditawarkan untuk perviu media pada MWC yang akan berlangsung di Barcelona dan laporan terbaru mengatakan Xiaomi akan turut memperkenalkan satu versi yang hadir dengan sistem operasi Windows 10.
Selain sistem operasi, versi Windows 10 ini tidak akan mempunyai sebarang perbezaan luaran kepada versi Android. Selain itu, kemungkinan bahawa Xiaomi melancarkan Mi 5 di China dan di MWC yang akan berlangsung di Barcelona turut dibincangkan.
Walaupun mengejutkan, ini bukanlah kali pertama Xiaomi berkerjasama dengan Microsoft dan tahun lalu sebanyak dua peranti Xiaomi dengan sistem operasi Microsoft Windows 10 telah dikeluarkan iaitu Xiaomi Mi 4 dan tablet Xiaomi Mi Pad 2 64GB.
Bercakap mengenai Xiaomi Mi 5, ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1080 ( seperti yang telah disahkan oleh naib presiden kanan , Liwan Jiang ) , pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 4GB RAM , sokongan dwi-SIM dan NFC , butang fizikal yang menempatkan sensor capjari , unit kamera yang lebih baik dan kapasiti bateri 3,000mAh dengan pengecasan pantas.
Xiaomi Mi 5 dijangka akan mula ditawarkan didalam masa beberapa hari selepas pelancaran namun ianya dijangka eksklusif di pasaran China untuk beberapa bulan sebelum ke pasaran lain termasuk pasaran Malaysia.