Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan Celcom First Gold kini hadir dengan 15GB Internet dan panggilan percuma tanpa had

celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-12

Pada bulan November yang lalu, Celcom telah memperkenalkan pelan pascabayar terbaru mereka iaitu Celcom FiRST Blue dan FiRST Gold yang hadir dengan bayaran bulanan RM 45 dan RM 100.

Kedua-dua pelan ini ini hadir dengan kuota internet yang banyak ( walaupun mempunyai pecahan tertentu) dan panggilan percuma ( 50 minit bagi First Blue dan 100 minit bagi First Gold).

Selepas pelancaran Digi SmartPlan 75 yang hadir dengan 7GB internet dan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian, Celcom kini telah bertindak mengubah pelan Celcom First Gold ini.

Pelan Celcom First Gold ini kini hadir dengan bayaran bulanan hanya RM 80 dan dengan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian.

Selain panggilan percuma, pelan Celcom First Gold ini turut hadir dengan 15GB kuota internet dimana 5GB adalah untuk penggunaan harian , 5GB untuk pengunaan pada hari sabtu dan ahad ( 1.2GB setiap hujung minggu)dan 5GB Celcom WiFi Plus.

Selain itu, pelanggan pelan Celcom First Gold ini juga mampu menikmati pengstriman muzik Yonder percuma tanp had untuk 12 bulan .

Jika kuota internet anda tidak habis, anda juga boleh membawa baki kuota internet anda ke bulan hadapan namun kuota harian sahaja boleh dibawa ke bulan seterusnya ( maksima 5GB).

celcom first goldmaklumat lanjut mengenai pelan Celcom First dengan kadar bulanan yang baru ini boleh anda ketahui di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.