Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari ini

samsung galaxy s7 official invite

Akhirnya selepas hampir setiap hari diperkatakan mengenainya, Samsung telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Samsung Unpacked 2016 yang pertama akan diadakan pada 21 Februari ini dan ianya akan menjadi pentas untuk memperkenalkan generasi terbaru telefon pintar siri Galaxy S.

Samsung Unpacked 2016 ini akan diadakan pada Ahad 21 Februari di Barcelona yang juga merupakan bandar yang sama di mana Mobile World Congress akan berlangsung sehari kemudian.

Samsung Galaxy S7 dijangka akan dilancarkan bersama-sama Samsung Galaxy S7 Edge dan terdapat juga kemungkinan kita menyaksikan syarikat Korea ini memperkenalkan satu Gear VR khusus untuk kedua-dua model ini.

Kesemua model Samsung Galaxy S7 ini akan hadir dengan spesifikasi asas yang sama iaitu skrin paparan QHD, pemproses Exynos 8890 atau Snapdragon 820, 4GB RAM dan kamera 12MP dengan teknologi BRITECELL.

Bercakap mengenai reka bentuk Samsung Galaxy S7 , ianya dilihat akan hadir dengan reka bentuk luaran yang sama seperti Samsung Galaxy S6 dan Samsung telah membuat banyak perubahan dari segi dalaman.

Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu selepas pelancaran rasmi dilakukan.

Selain itu, harga penjualan siri terbaru Galaxy S ini juga dijangka akan meningkat sedikit dan kami meramalkan ianya akan bermula dari RM 2,699 termasuk GST.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.