Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Pad 2 juga akan ditawarkan dengan Windows 10

mi pad 2 windows 10 version

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan dua peranti menarik yang hadir dengan satu ciri yang tidak pernah dimiliki oleh mana-mana peranti Xiaomi sebelum ini. Jika Redmi Note 3 dilancarkan sebagai peranti pertama dengan sensor capjari, Mi Pad 2 pula dilancarkan sebagai peranti Xiaomi pertama dengan pengunaan slot USB type-C.

Tidak cukup dengan itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga telah disahkan akan ditawarkan didalam satu lagi versi yang menggunakan sistem operasi Windows 10.

Spesfikasi yang dimiliki oleh Mi Pad 2 ini mempunyai kemampuan untuk beroperasi dengan Windows 10 tanpa sebarang masalah.

Pemproses 14nm Intel Atom X5-Z8500 mempunyai arkitektur x86 yang membolehkanya beroperasi di atas sistem operasi komputer.

Xiaomi mungkin sedar ramai bakal pemilik Mi Pad 2 ini akan cuba mengubah peranti mereka ini kepada sistem operasi Windows 10 dan disebabkan ini telah melancarkanya secara rasmi dan dengan saiz skrin paparan 7.9-inci, Mi Pad 2 layak mendapat perlesenan Windows 10 secara percuma.

Walaupun mendapat sistem operasi secara percuma kami pasti pasti ada kos tambahan dari segi pembangunan dan sokongan bagi versi ini namun versi Windows 10 ini hanya ditawarkan bagi model 64GB yang masih mempunyai harga penjualan yang sama iaitu CNY 1299 (RM 860).

Xiaomi Mi Pad 2 dengan versi Windows 10 ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti Mi Pad 2 versi Android iaitu 2GB RAM, kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP dan bateri berkapasiti 6190mAh.

xiaomi mi pad 2 windows 10

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.