Program Save 2.0 – cara dapatkan e-rebat bernilai RM 200 untuk pembelian peti sejuk atau penyaman udara cekap tenaga
Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga kini menawarkan anda e-rebat bernilai RM 200 kepada pengguna yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga.
Program ini dikenali sebagai Program Save 2.0 (Sustainability Achieved Via Energy Efficiency) dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang produk elektrik cekap tenaga kepada pengguna di Malaysia.
Program ini menawarkan anda rebat sebanyak RM 200 yang akan dikreditkan ke akaun Shopee anda bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk sahaja.
Antara syarat kelayakan adalah :
- Warganegara Malaysia
- Pemegang/pemilik akaun elektrik berdaftar seperti TNB/SESB, SEB
- 1 akaun bil 1 penebusan e-rebat
Selain itu, status permohonan anda akan dimaklumkan didalam masa 14 hari bekerja sebelum dikreditkan ke akaun Shopee anda.
Mohon e-rebat Save 2.0 bernilai RM 200 di SINI