Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 9T akan dilancarkan pada 8 Januari 2021


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Xiaomi Redmi 9T akan dilancarkan pada 8 Januari yang merupakan pelancaram global pertama Xiaomi bagi tahun 2021.

Redmi 9T dilihat sebagai satu lagi model didalam keluarga Siri Redmi 9 dan ianya mungkin versi Redmi 9 Power yang telah dilancarkan ke pasaran China lewat tahun lalu.

Jika benar, Redmi 9T dijangka akan hadir dengan skrin paparan Waterdrop FHD+ berukuran 6.53-inci, pemproses Snapdragon 662, dan tetapan quad-kamera dibelakang.

Selain itu, Redmi 9T juga dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar dipasaran.

Anda boleh menyaksikan majlis pelancaran global Redmi 9T di laman Facebook Xiaomi Malaysia pada 8 Januari 2021 bermula jam 8 malam.

Selain itu, maklumat harga dan tarikh penjualan Redmi 9T di Malaysia dijangka akan diumumkan sejurus selepas pelancaran global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.