Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

60% Pengguna Malaysia Membeli Barangan Tempatan di Shopee

60% pengguna Malaysia menyokong penjual tempatan secara proaktif menjelang Hari Merdeka bersama #ShopeeSapotLokal hasil kajian pasaran terbesar platform tersebut tahun ini, Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce*, menjelang 9.9 Super Shopping Day

Apabila 3,356 pengguna ditanya “Mengapakah ianya penting untuk menyokong penjual tempatan?” pada bulan menjelang Hari Merdeka, 30% menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia yang memenuhi citarasa tempatan mereka, 20% menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkan kemajuan ekonomi negara atas semangat patriotik dan 8% merupakan penjual yang menyokong penjual tempatan lain. 42% memilih penjual tempatan untuk mendapatkan barangan dengan lebih cepat.

Dalam kalangan para responden, separuh daripada mereka (54%) bekerja sepenuh masa, 18% sedang mencari pekerjaan, 17% adalah warga emas, 6% merupakan ibu bapa yang tinggal di rumah dan 5% adalah pelajar universiti.

Shopee turut mengkaji perkara-perkara yang dihargai oleh rakyat Malaysia tentang pembelian dalam talian. Lebih 70% pengguna yang ditinjau menganggarkan bahawa transaksi beli-belah dalam talian secara harian mereka secara konsisten menghasilkan penjimatan sebanyak lebih 5%.

Selain itu, ketidakstabilan ekonomi adalah sebab utama para responden menghargai setiap Ringgit yang dijimat, dengan 50% daripada pembeli mengesahkan bahawa mereka perlu mengurangkan perbelanjaan dalam persekitaran ini, 14% tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan penting, 10% meramalkan perbelanjaan besar pada bulan-bulan akan datang dan 6% membeli-belah untuk tanggungan yang ramai.

Tambahan lagi, Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih membeli dalam talian walaupun kedai fizikal dibuka semula kerana ia telah menjadi tabiat yang dipelajari dan merupakan sesuatu kebiasaan.

Seterusnya, Bagi 49% daripada pembeli, Shopee ialah destinasi membeli-belah pilihan untuk produk gaya hidup, termasuk barangan hiasan rumah, barangan fesyen serta produk kesihatan dan kecantikan.

Akhir sekali, majoriti daripada penjual tempatan mula menjual dalam talian bersama Shopee untuk mengatasi batasan sedia ada dari segi pendapatan dan penglibatan mereka dalam ekonomi:

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.