Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Oppo Reno5 5G akan ditawarkan di Malaysia pada harga bawah RM 2,000


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri Oppo Reno5 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi sebagai telefon pintar 5G pertama Oppo pada harga dibawah RM 2,000.

Selain itu, Oppo juga telah mengesahkan bahawa cipset yang akan digunakan pada Oppo Reno5 adalah Snapdragon 765G manakala Oppo Reno5 Pro pula akan hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 1000.

Dalam pada itu, Oppo Reno5 Pro juga dikatakan akan menjadi telefon pintar pertama dipasaran Malaysia Untuk menggunapakai cipset MediaTek Dimensity 1000.

Akhir sekali, Oppo Malaysia juga akan menawarkan diskaun RM 100 bagi pengguna Oppo melalui aplikasi my OPPO namun ianya terhad.

Buat masa ini Oppo masih belum mengesahkan tarikh pelancaran Siri Oppo Reno5 di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.