Xiaomi Redmi Note 3 akan mempunyai versi 3GB RAM
Selepas mengejutkan ramai pihak dengan mengesahkan bahawa Redmi Note 3 akan menjadi salah satu model yang akan dilancarkan di majlis pelancaran Xiaomi esok yang menjadikan Xiaomi Redmi Note 2 adalah pemegang rekod bagi model yang mempunyai jangka hayat kitaran produk paling singkat.
Menurut senarai TENAA yang baru dikemaskini ini, Redmi Note 3 ini dijangka akan hadir didalam satu versi yang mempunyai 3GB RAM berbanding hanya 2GB RAM yang dimiliki pada Redmi Note 2.
Dari apa yang kita tahu setakat ini, Xiaomi Redmi Note 3 akan hadir didalam dua versi, iaitu versi 2GB RAM dengan 16GB memori simpanan dalaman, versi 3GB RAM dengan 32GB memori simpanan dalaman dan satu sensor capjari yang diletakkan dibahagian bawah kamera manakala reka bentuk model ini adalah berasaskan keluli.
Spesifikasi lain yang dimiliki oleh model ini adalah sama seperti Redmi Note 2 iaitu skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Helio X10, kamera utama 13MP dengan PDAF, kamera utama 5MP dan MIUI 7. Oleh sebab kebanyakkan spesifikasi ini sama seperti Redmi Note 2, ramai pakar berkata Xiaomi hanya akan melancarkan Redmi Note 2 Pro dan bukanya generasi baru.
Selain itu, Redmi Note 3 juga dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mana ianya lebih baik berbanding bateri berkapasiti 3,060mAh yang dimiliki oleh Redmi Note 2.
kami merasakan adalah sudah cukup untuk kami memperkatakan mengenai Redmi Note 3 ini kerana kesemua spesifikasi, harga dan warna akan didedahkan secara rasmi esok.