Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 3 dilancarkan 24 November ini

image

Sejak beberapa minggu ini kami pasti anda telah menyaksikan banyak berita mengenai Xiaomi yang dilaporkan oleh kami.

Xiaomi yang baru-baru ini telah memperkenalkan Redmi Note 2 ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 649 dan anda boleh baca ulasan ringkas Xiaomi Redmi Note 2 di Malaysia.

Walaubagaimanapun, belum sempat pengguna Malaysia menerima Xiaomi Redmi Note 2 yang ditempah , Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan generasi ketiga Redmi Note akan dilancarkan pada 24 November ini.

Selain Redmi Note 3, Xiaomi juga telah mengesahkan majlis pelancaran ‘Grand Finale’ ini akan menyaksikan pelancaran generasi kedua Mi Pad yang akan menggunakan pemproses Intel.

Selama ini, kami meramalkan Xiaomi Redmi Note 2 Pro adalah model yang akan dilancarkan kerana model ini dikatakan mempunyai spesifikasi yang sama seperti Redmi Note 2 dengan tambahan rangka besi dan sensor capjari.

Walaubagaimanapun, Xiaomi memutuskan model ini lebih layak untuk hadir sebagai generasi baru yang pasti akan mengecewakan pembeli Redmi Note 2.

Selain Xiaomi Redmi Note 3 dan tablet Mi Pad 2 , Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan beberapa produk lain, antara produk yang diperkatakan adalah Xiaomi Mi 5 dan satu produk yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Majlis pelancaran Xiaomi ini akan diadakan pada 24 November ini dan kami akan membawakan anda kesemua laporan penuh secara terperinci mengenai setiap model Xiaomi yang dilancarkan nanti.

image

image

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.