Oppo R15 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo R15 Pro ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,799 dan tempahan bagi telefon pintar ini juga akan dibuka mulai 25 Mei ini.
Terus kepada spesifikasi, Oppo R15 Pro ini hadir dengan skrin paparan 19:9 berukuran 6.28-inci yang mempunyai nisbah skrin 89%. Teknologi skrin yang digunakan adalah AMOLED dengan resolusi 1080 x 2280 dengan kepadatan piksel 401ppi ( dilapisii Corning Gorilla Glass 5).
Oppo R15 Pro akan hadir dengan pemproses Snapdragon 660, GPU Adreno 512, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Oppo R15 Pro akan hadir dengan kamera dwi-kamera 20 + 16MP manakala kamera selfie adalah unit 20MP.
Kamera Oppo R15 ini akan hadir dengan teknologi 3D lighting, AI scene recognition yang mampu mengesan 120 adegan pengambilan gambar dan teknologi AI Beauty 2.0 yang turut ditawarkan pada Oppo F7.
ULASAN : Oppo F7 – telefon pintar pro selfie terbaik di pasaran
Selain itu, Oppo R15 Pro juga adalah peranti yang mempunyai pensijilan kalir air dan habuk ( mungkin IP67), bateri berkapasiti 3,430mAh dengan pengecasan pantas VOOC yang mampu menawarkan jangka hayat bateri selama 2 jam dengan pengecasan 5 minit sahaja.
Oppo R15 Pro akan turut hadir dengan ColorOS 5.0 yang berasaskan Android 8.1 Oreo, slot dwi-SIM, NFC dan akan mempunyai berat 180gram.
Oppo R15 Pro akan mula memasuki pasaran pada 1 Jun 2018 dengan harga penjualan RM 2,399 tanpa GST ( pra-tempahan dibuka mulai 25 Mei)
Bagi yang membuat pra-tempahan anda akan menerima satu unit jam pinta WeLoop XH3 bernilai RM 399 secara percuma.
Oppo R15 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu ungu gradasi dan merah gradasi yang direka oleh pakar warna Karim Rashid.