HONOR Magic V6 Memenangi Anugerah Best Smartphone in Asia dan Disruptive Device Innovation di MWC Shanghai

HONOR telah mengumumkan bahawa telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HONOR Magic V6 telah memenangi dua anugerah di Global Mobile Awards Asia (GLOMO Awards Asia) sempena Mobile World Congress (MWC) Shanghai 2026 yang telah berlangsung pada 24 Jun 2026. Menewaskan produk-produk terkemuka dalam industri seperti iPhone 17 Pro.
HONOR Magic V6 telah dianugerahkan “Best Smartphone in Asia” dan “Disruptive Device Innovation”, sekaligus menjadi produk pertama dalam sejarah GLOMO yang menerima kedua-dua anugerah kategori peranti tersebut.
Lebih lanjut, pencapaian ini menyerlahkan keupayaan luar biasa HONOR Magic V6 serta membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam menghasilkan inovasi teknologi yang termaju.
Menggabungkan reka bentuk sangat nipis dengan ketahanan bateri yang memecah rekod, tahap ketahanan bertaraf flagship serta sambungan rentas ekosistem Apple yang lancar, HONOR Magic V6 menawarkan pengalaman telefon boleh lipat yang lebih unggul. Dilengkapi dengan ejen AI pintar dan keupayaan multitasking pada skrin besar, ia bukan sekadar telefon pintar yang boleh dipercayai, malah berfungsi sebagai alat produktiviti yang berkuasa untuk kegunaan harian.
Selain itu, HONOR Magic V6 turut hadir dengan HONOR Silicon-carbon Battery berkapasiti besar 6,660mAh, menjadikannya bateri dengan kapasiti terbesar yang pernah digunakan dalam sebuah telefon pintar boleh lipat. Dengan kandungan silikon sekitar 25% dan ketumpatan tenaga 921Wh/L, ia mampu menawarkan kapasiti bateri yang tinggi tanpa menambah ketebalan atau berat berlebihan.
Pada bulan Mac lalu, HONOR turut menerima anugerah “Best Disruptive Device Innovation” daripada GLOMO di MWC Barcelona 2026 atas kejayaan mereka dalam pelaksanaan serta pengkomersialan teknologi bateri silikon-karbon.
ULASAN : HONOR Magic V6 – Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat



