Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HONOR Magic V6 – Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 1

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 2

Pengenalan

Walaupun telah menjadi sebahagian daripada pemain utama pasaran telefon pintar global sejak beberapa tahun, terdapat pengguna yang masih ragu-ragu akan ketahanan telefon pintar boleh lipat terutamanya apabila dibandingkan dengan telefon pintar biasa yang lain.

Persoalan ini menjadi satu halangan yang besar kerana telefon pintar foldable dilihat sebagai sesuatu yang memerlukan penjagaan tambahan dan sebarang kerosakan mungkin menelan kos pembaikan yang sangat tinggi, terutamanya skrin paparan utama.

Walaubagaimanapun, HONOR Magic V Series boleh dikatakan sebagai antara foldable yang mahu memecah presepsi ini dengan meningkatkan kualiti dan ketahanan peranti dari generasi ke generasi yang dilancarkan.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 3

Tahun ini, HONOR Magic V6 dengan jolokan The New Standard of Durability baru sahaja memasuki pasaran Malaysia selepas menetapkan penanda aras baharu untuk ketahanan peranti boleh lipat dengan meraih ASIA Record bagi gelaran Pesawat Paling Berat Ditunda Telefon Boleh Lipat.

Selain Aspek ketahanan yang disebut-sebut, pengguna juga pasti ingin tahu apa lagi ciri-ciri yang ditawarkan pada HONOR Magic V6 dan ulasan kami tentang telefon telefon pintar foldable ini mungkin sedikit sebanyak boleh menjawab segala persoalan anda.

Ini adalah ulasan HONOR Magic V6 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 7,699

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 4

Reka Bentuk

Dengan gelaran The New Standard of Durability, HONOR Magic V6 tampil untuk menambahbaik ketahanan yang ditawarkan pada Magic V5 dan kami telah melihat sendiri telefon pintar ini diuji ketahap luar biasa terutamanya engsel HONOR Super Steel Hinge yang telah berjaya menarik sebuah kereta Sports Ferrari dan sebuah kapal terbang kecil seberat 1.25 tan.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 5

Selepas ujian ketahanan eksktrim ini, kami juga sempat memeriksa keadaan telefon pintar boleh lipat dan terbukti tiada sebarang kerosakan struktur pada engsel ini.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 6

Menariknya, engsel HONOR Super Steel Hinge ini diperbuat daripada keluli khas yang paling kukuh pernah diperkenalkan di sektor komersial, dengan ketahanan hentakan 3 kali ganda lebih tinggi berbanding telefon pintar foldable pencabar.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 7

Selain itu, engsel yang digunakan pada Magic V6 ini juga mempunyai kekuatan tegangan sehingga 2800MPa, mengatasi kekuatan tiang A (A-pillar) pada sebuah kereta komersial dan ianya juga telah menjalani ujian lipatan sebanyak 500,000 kali , membuktikan ketahanannya untuk penggunaan harian bersamaan dengan 13 tahun penggunaan.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 8

Selain itu, HONOR Magic V6 juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk yang terbaik pada sebuah foldable iaitu IP68 dan IP69 yang membolehkanya masih kekal kalis air pada kedalaman sehingga 1.5 meter.

Bercakap mengenai warna, HONOR Magic V6 akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Ivory White, Sunrise Gold,  Classic Black dan Ferghana Red yang merupakan warna hero yang juga warna unit ulasan kami.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 9

Dalam pada itu, HONOR Magic V6 secara rasminya telah mengambil gelaran telefon pintar foldable ternipis didunia daripada HONOR Magic V6 dengan ukuran 8.75mm (Ivory White) atau 9.0mm bagi warna Ferghana Red, Sunrise Gold dan Classic Black . Ianya juga memiliki ketebalan hanya 4.0mm apabila lipatan dibuka bagi warna Ivory White dan 4.1mm bagi warna lain.

Bercakap mengenai berat, HONOR Magic V6 kini tampil dengan berat 219 gram bagi warna Ivory White manakala bagi warna lain ianya adalah 224gram. Ini adalah sedikit meningkat berbanding Magic V5 yang tampil dengan berat 217gram.

Walaubagaimanapun, HONOR Magic V6 hadir dengan bateri 6,600mAh, menawarkan peningkatan hampir 13% kapasiti berbanding generasi sebelumnya yang menggunakan bateri 5,850mAh.

Akhir sekali, HONOR bukan sekadar menjadikan Magic V6 lebih nipis, tetapi turut memperkukuhkan setiap aspek binaannya. Hasilnya adalah sebuah foldable yang bukan sahaja elegan dipandang, malah cukup kukuh untuk penggunaan harian jangka panjang.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 10

Skrin Paparan

HONOR Magic V6 hadir dengan skrin paparan boleh lipat berukuran 7.95-inci yang memberikan anda pengalaman seperti pada tablet untuk pengalaman tontonan yang lebih imersif dan memuaskan.

Selain itu, panel utama ini adalah foldable LTPO OLED ini memiliki resolusi 2352 × 2172 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kemampuan untuk memaparkan lebih 1.07 bilion warna. Panel ini juga memiliki kecerahan maksima sehingga 5,000nits dengan kepadatan piksel 403ppi.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 11

Paparan boleh lipat HONOR Magic V6 menerima penambahbaikan ketara menerusi penggunaan lapisan fleksibel Ultra-Tough Glass (UTG) generasi baharu yang menawarkan tahap ketahanan lebih tinggi berbanding sebelumnya. Selain lebih tahan terhadap hentakan, teknologi ini juga membantu mengurangkan kesan lipatan pada bahagian tengah skrin serta mengurangkan pantulan cahaya untuk pengalaman tontonan yang lebih selesa.

Selain itu, HONOR turut mendakwa kesan lipatan pada skrin telah dikurangkan sehingga 44%, sekali gus memberikan pengalaman visual yang hampir menyerupai skrin rata tanpa gangguan yang ketara.

Melengkapkan lagi keupayaannya, paparan utama Magic V6 ini juga telah menerima Pensijilan SGS 5-Star Reliability Low Reflectivity, yang mengiktiraf tahap ketahanan dan kebolehpercayaan skrin tersebut. Malah, HONOR turut menyatakan bahawa Magic V6 berada di kedudukan No.1 dari segi prestasi ketahanan haus dan calar, menjadikannya antara paparan boleh lipat paling tahan lasak di pasaran ketika ini.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 12

Beralih kepada skrin luaran,  HONOR Magic V6 memiliki panel skrin berukuran 6.52-inci yang menawarkan anda pengalaman skrin setaraf sebuah telefon pintar tradisional. Ianya juga memiliki kecerahan maksima sehingga 6,000nits, kadar segar semula 120Hz dan kepadatan piksel 406ppi.

Lebih lanjut, paparan luar HONOR Magic V6 ini hadir dengan lapisan Anti-scratch NanoCrystal Shield, iaitu lapisan perlindungan generasi baharu yang meningkatkan ketahanan skrin dalam penggunaan harian yang lebih ekstrem. Teknologi ini menggunakan struktur salutan 5,600 lapisan silikon nitrida, yang membantu menguatkan permukaan paparan daripada calar, hentakan dan kehausan.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 13

Dari segi prestasi ketahanan, HONOR mendakwa lapisan ini menawarkan peningkatan yang ketara dengan 10 kali lebih tahan jatuhan, 15 kali lebih tahan calar, 3 kali lebih tahan haus, serta 3 kali lebih baik dalam mengurangkan pantulan cahaya. Ini menjadikan skrin ini lebih selamat dan selesa digunakan dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 14

Selain itu, ketahanan NanoCrystal Shield ini turut telah diuji secara intensif, di mana ia mampu bertahan sehingga 27,000 kitaran ujian geseran menggunakan steel wool (seperti pada demostrasi ujian ketahanan), menunjukkan tahap ketahanan yang tinggi terhadap penggunaan harian yang kasar dan berulang.

HONOR Magic V6 dilengkapi dengan ciri Eye Comfort Display yang direka untuk memberikan pengalaman paparan yang lebih selesa dan mesra mata dalam penggunaan harian. Antara teknologi yang ditawarkan termasuk 4320Hz PWM Dimming dengan mod low modulation untuk mengurangkan kelipan skrin, Motion Sickness Relief bagi mengurangkan rasa pening ketika pergerakan pantas, serta AI Defocus Eyecare 2.0 yang membantu mengurangkan ketegangan mata.

Paparan ini juga menyokong Dynamic Dimming, Circadian Night Display untuk menyesuaikan cahaya mengikut waktu, Natural Tone, dan Visual Custom Display bagi pengalaman visual yang lebih natural dan boleh disesuaikan.

Selain itu, ia turut dilengkapi hardware-level Low Blue Light untuk mengurangkan cahaya biru berbahaya, serta dual anti-glare coating dengan tahap refleksi rendah bagi memastikan skrin kekal jelas walaupun di bawah cahaya terang.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 15

Pemproses

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 16

HONOR Magic V6 hadir dengan cip bertaraf flagship sepenuhnya iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang merupakan foldable pertama dipasaran untuk hadir dengan cipset ini. Bersama cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, HONOR Magic V6 juga tampil dengan 16GB RAM dan 512GB storan dalaman.

Dengan cipset terbaik daripada Qualcomm ini, ia menawarkan pengalaman prestasi flagship penuh tanpa kompromi yang menawarkan kecekapan dan kestabilan suhu cipset semasa tugasan berat seperti multitasking, penciptaan kandungan, serta aplikasi berasaskan AI

Selain itu, Cip HONOR E2 juga disertakan untuk mengimbangi output kuasa, kecekapan, dan prestasi haba dengan lebih baik.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 17

Beralih kepada sistem operasi, HONOR Magic V6 hadir dengan MagicOS 10 yang berasaskan Android 16 yang membolehkanya menawarkan Industry-Leading Cross-OS AI Experience yang menjadikannya lebih mudah untuk digunakan dalam ekosistem peranti berbeza, khususnya sebagai teman ideal kepada peranti Apple.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 18

iCloud Connect

Pengguna iPhone yang beralih kepada HONOR Magic V6 masih boleh meneruskan akses kepada fail iCloud mereka dengan mudah terus pada peranti foldable ini, membolehkan pengalaman peralihan yang lebih lancar antara ekosistem.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 19

HONOR Connect

HONOR Magic V6 turut menyokong ciri One-tap-to-Share yang membolehkan pemindahan fail secara pantas antara peranti HONOR dan peranti Apple seperti iPhone atau MacBook. Dengan ciri ini, pengguna boleh menghantar fail dengan hanya satu sentuhan, termasuk fail bersaiz besar seperti video 1GB yang boleh dipindahkan dalam kira-kira 25 saat, menjadikan perkongsian data lebih efisien dan segera.

Walaubagaimanapun, fungsi ini memerlukan aplikasi tambahan seperti HONOR Connect pada iPhone serta HONOR Workstation pada Mac, bagi memastikan sambungan rentas ekosistem berjalan dengan lancar dan stabil.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 20

HONOR Magic V6 turut menyokong ciri penyegerakan notifikasi merentas ekosistem Apple, membolehkan notifikasi daripada peranti HONOR dipaparkan juga pada iPhone dan Apple Watch. Melalui tetapan di HONOR Connect (Settings > HONOR Connect > Connect with iPhone > Scan to Add), pengguna boleh menyambungkan kedua-dua peranti, kemudian mengaktifkan Connected Notifications pada iPhone untuk membolehkan penyelarasan notifikasi secara automatik.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 21

Cross OS Magic Ring

Dengan Cross OS Magic Ring, HONOR Magic V6 boleh disambungkan dengan sempurna bersama Apple MacBook dan aksesori Apple.

Mac Screen Extension – Anda boleh menjadikan HONOR Magic V6 sebagai skrin kedua MacBook (Settings > Connected Files), membolehkan anda meluaskan paparan kerja. Anda juga boleh melayari, mencari dan mengurus fail dalam Magic V6 terus dari MacBook, serta melakukan drag and drop antara kedua-dua peranti.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 22

iWork Editing – Membolehkan penyuntingan dokumen secara lancar semasa bergerak, termasuk membuka dan mengedit fail kerja dari MacBook pada Magic V6.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 23

AirPods Connect – Menyokong pengalaman audio yang sama seperti Apple, termasuk animasi sambungan, kawalan bunyi, pengesanan telinga automatik dan fungsi Find My yang tidak terjejas.

Multitasking AI

Google Gemini – Bantuan pintar yang lebih baik pada skrin besar untuk membantu tugasan seperti merancang perjalanan, mengatur jadual atau menjana nota.

Gemini Live – Dapatkan bantuan visual masa nyata melalui kamera dan perkongsian skrin.

HONOR AI Agents – Satu set AI pada tahap sistem untuk membantu pengguna dalam pelbagai situasi harian:

  • AI Settings Agent, AI Meeting Pilot, AI Photos Agent, AI Screen Suggestions

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 24

Large Screen Workflows – Multitugas lebih lancar dengan dua ciri split-screen tambahan:

  • Fast Flex (baharu): Lipat dan buka peranti untuk melancarkan AI Assistant dalam paparan split.
  • Multi-Flex: Akses pantas split screen, luaskan satu tetingkap split screen, atau paparan tiga skrin serentak.

AI Meeting Pilot – Hantar peringatan pintar, bantuan masa nyata, ringkasan berstruktur, semakan berasaskan bab, dan penjanaan peta minda.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 25

Kamera

Sistem kamera pada HONOR Magic V6 direka untuk memberikan pengalaman fotografi flagship terbaik dalam kategori foldable, dengan kombinasi sensor besar, AI imaging dan kestabilan tinggi.

HONOR Magic V6 ini tampil dengan sensor utama Ultra-Light Sensitive 50MP f/1.6 dengan OIS, sensor telefoto periskop Ultra Sensing 64MP dengan OIS (CIPA 6.5) dan 3x zoom optikal serta sensor ultrawide 50MP yang menawarkan fotografi kanta lebar 122°. 

Berdasarkan spesifikasi kamera dan ciri-ciri AI pada Magic V6 ini, boleh dikatakan bahawa kebanyakkan spesifikasi ini diwarisi dari Magic V5 namun HONOR tela menambahbaik pengstabilan sensor periskop kepada CIPA 6.5 yang merupakan antara tahap pengstabilan tertinggi.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 26

Portrait Harcourt

HONOR Magic V6 meneruskan kolaborasi syarikat ini dengan studio fotografi terkemuka di Paris iaitu Studio Harcourt pada HONOR AI Portrait Engine yang membolehkan telefon pintar ini menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio. Pada aplikasi kamera, anda boleh melihat ikon Harcourt yang menawarkan anda tiga filter khas iaitu Classic, Color dan Vibrant yang dibangunkan oleh studio ini menggunakan kepakaran mereka didalam bidang potret bersama teknologi AI.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 27

AI Super Zoom

Bercakap mengenai zoom, HONOR Magic V5 juga hadir dengan ciri AI Super Zoom yang membolehkan gambar yang diambil pada kadar 30x sehingga 100x menerima pemprosesan tambahan yang meningkatkan resolusi gambar melalui AI, ini menjadikan pengambilan gambar jarak jauh adalah mudah dan jelas.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 28 ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 29

AI Cutout

Fungsi AI Cutout membolehkan pengguna mengekstrak objek atau individu daripada latar belakang bagi membolehkan pengubahsuaian atau pernukaran latar belakang kepada yang baharu dengan mudah melalui AI.

Dengan tiga mod disediakan iaitu Modify Background, Transparent Background, dan Solid Color Background, ciri ini sesuai untuk menghasilkan foto ID profesional, bahan pemasaran dan kandungan media sosial yang pasti dicemburui pengguna telefon pintar lain.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 30 ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 31

AI Outpainting – Luaskan Bingkai Imej

HONOR Magic V6 juga dilengkapi dengan ciri AI Outpainting yang meluaskan sempadan imej secara pintar. Ianya sesuai untuk foto pemandangan, landskap, latar belakang atau gambar yang dipotong dan perlu diperluaskan. AI akan mengisi bahagian-bahagian yang perlu diperluaskan dengan kesan yang sangat semulajadi.

Anda boleh memilih untuk mengisi ruang sekeliling imej sehingga 200% daripada saiz gambar asal.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 32

AI Upscale – Naik Taraf Gambar Lama

Ciri AI Upscale pula menjadikan foto lama atau berkualiti rendah kelihatan lebih jelas dan terperinci.

Dengan satu sentuhan, ia menambah butiran dan menjadikan gambar kabur lebih jelas, menghidupkan semula memori berharga.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 33

Magic Pose

Kedua-dua paparan luar dan paparan dalaman akan memaparkan cadangan pose yang dijana oleh AI untuk membantu pengguna mengambil gambar dengan lebih mudah, menarik dan bergaya.

Kesimpulannya, sistem kamera HONOR Magic V6 memberikan pakej fotografi yang lengkap untuk sebuah telefon lipat premium. Gabungan kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 50MP serta lensa periskop telefoto 64MP yang menyokong zoom optikal 3x membolehkan pengguna merakam pelbagai jenis subjek dengan hasil yang konsisten dan berkualiti tinggi. Teknologi penstabilan CIPA 6.5 turut membantu menghasilkan gambar zum yang lebih tajam dan stabil, terutamanya dalam situasi cahaya rendah.

Apa yang lebih menarik, HONOR turut memperkukuhkan pengalaman fotografi melalui pemprosesan imej berasaskan AI menerusi enjin AiMAGE, yang membantu menghasilkan warna lebih semula jadi, butiran lebih jelas dan potret yang lebih menyerlah. Hasilnya, Magic V6 bukan sahaja mampu memenuhi keperluan pengguna biasa, malah cukup berupaya untuk pencipta kandungan yang mahukan sebuah peranti lipat tanpa kompromi dari aspek kamera.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 34

Bateri

HONOR Magic V6 masih kekal sebagai telefon pintar foldable ternipis didunia dan ini berjaya dicapai dengan peningkatan kapasiti bateri sebanyak 13% berbanding generasi sebelum ini. 

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 35

Ini bermaksud HONOR Magic V6 tampil dengan bateri sililkon karbon (25% kandungan silikon) 6,600mAh yang menjadikanya sebagai telefon pintar boleh lipat dengan kapasiti terbesar di Malaysia.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 36

Menariknya, HONOR Magic V6 turut mendapat pengiktirafan daripada TÜV Rheinland, dengan peranti ini diuji mampu bertahan sehingga 24 jam penggunaan berterusan dalam keadaan skrin dibuka sepenuhnya (unfolded).

Selain kapasiti bateri yang tinggi, HONOR Magic V6 juga tampil dengan 80W HONOR SuperCharge dan 66W Wireless SuperCharge serta Reverse Charging.

ULASAN : HONOR Magic V6 - Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat 37

Penutup

HONOR Magic V6 hadir ke pasaran untuk mengubah mentaliti kebanyakkan pengguna bahawa telefon pintar lipat adalah satu pelaburan berisiko tinggi. Magic V6 hadir dengan tahap ketahanan yang terbukti bukan hanya setaraf malah lebih baik daripada telefon pintar flagship tradisional lain dipasaran.

Selain tahap ketahanan yang luar biasa, HONOR juga menawarkan pengalaman skrin yang lebih imersif, pelbagai ciri AI yang menyeluruh, bateri yang lebih tahan lama dan banyak lagi.

HONOR Magic V6 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 7,699 dan setiap pembelian juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 3,797 yang termasuk TV Skyworth 43″, 2 tahun waranti (VIP Service) dan 1 tahun gantian skrin percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.